Inspirasi

General anxiety disorder – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

General Anxiety Disorder

assalamualaikum.

harini aku nak berbual pasal sejenis penyakit mental yg selalunya orang tak perasan ataupun tak sedar kewujudan dia sb tak diagnosed kat hospital.

aku bukanlah penghidap GAD tapi dah hampir setahun aku berhadapan dgn penghidap GAD iaitu mak aku sendiri.
pertamanya, secara ringkas, penyakit GAD ni kebiasaannya, pesakit dia mempunyai perangai takut tak tentu pasal,
suka berfikiran negatif ( tahap serius punya), suka berfikiran yg merapu akibat assumption sendiri dan paling ketara sekali bersifat murung.

ini aku tekankan, setiap patient anxiety mempunyai perangai yg berbeza tapi harini aku cerita pasal mak aku dan dari sudut pandangan aku kenapa dia mendapat penyakit tersebut.

mak aku adalah seorang ibu tunggal dan sejenis wanita berkerjaya yg berjaya. dengan kata lain, apa yg dia target dalam hidup, dia dapat. sepanjang perjalanan hidup dia, walaupun ada sedikit rintangan, tapi kebiasaanya dia akan dapat apa yg dia nak.
sampailah tuhan uji satu persatu. pertamanya, suami pilihan aku. mak aku ni agaknya terpengaruh dgn drama, nakkan anak dia kawin dgn lelaki macam yg kau jumpa dalam drama tv3 tu. tapi jodoh aku dengan lelaki biasa bertentangan dgn menantu impian mak aku ni. mula daripada tu, dia rasa dia dah lost control. hidup dia tak berjalan seperti yg dia rancang. adik aku pulak berhenti belajar dan buat bisnes.

one thing led to another, dia diuji tuhan dgn penyakit darah tinggi. permulaan dia masa dia sakit kepala dan dia check BP dia atas 180/80 . aku tekankan disini, reading BP tu mengubah corak hidup dia 180 darjah.
daripada seorang yg tak melekat dirumah ( kerja), jadi seorang yg duduk dirumah dan meratap penyakit dia tadi.
selepas dibawa jumpa psikiatri dan didiagnose menghidap GAD, thing got worse. mulanya ada satu penyakit je yg menyebabkan dia murung, sekarang ada dua pulak.

so, aku dan adik-adik ( kami 4 beradik), boleh katakan, kehidupan seharian kami affected dgn penyakit yg dia alami.
misalnya, setiap perkara yg kami adik beradik lakukan terutamanya aku (sb dia tak suka suami aku), ada saja yg tak kena dimata dia.
sampai satu tahap, aku bagi satu contoh, aku nak pergi keluar negara atas urusan kerja, tapi mak aku sungguh-sungguh menuduh aku pergi bercuti berjoli sb taknak jaga dia yg sedang sakit tenat. setiap hari dia akan hantar mesej berbaur kekecewaan terhadap tindakan aku pergi outstation tu tadi siap label aku anak derhaka tak kenang budi.

adik aku nak keluar minum dengan kawan pun dia dah maki-maki di mesej. boleh katakan setiap kali kami beradik keluar rumah (kecuali kerja 9-5), kami akan dapat makian di mesej katanya kami mengabaikan dia.
sampai kadang-kadang geram je rasa nak bagitau mak, mak, this world does not revolve around you only tapi tak sampai hati.

jadi, dekat sini korang nampak tak macammana minda kita menderhaka pada kita bila kita lupa tuhan yg atur hidup kita ?
my point of view, pesakit GAD ni, berkemungkinan disebabkan oleh tidak ada penerimaan pabila berlaku perkara diluar kawalan.
macam mak aku, dia terlalu selesa dengan hidup yg orang putih kata smooth. bila diuji, terus tak boleh terima kenyataan dan berterusan menyalahkan takdir. kalau nak aku ceritakan, episod menyalahkan takdir ni mmg tak cukup satu season.

cumanya, aku nak kongsikan, kalau sekiranya kehidupan korang berjalan dengan sangat lancar ibarat terbang diawangan, janganlah sesekali kau lupa tunduk. afterall, kita cuma hamba dan dunia ni cuma sementara.

dan kepada kalian yg berdepan dengan penyakit berkenaan mental ni, segeralah dapatkan bantuan. jumpa psikiatri bukan bermakna korang tidak siuman. sebab dekat negara kita, asal jumpa doktor je, dilabel gila. biarkan. sebab penyakit macam mak aku ni, bukan saja akan memakan diri sendiri kalau tak dikawal dr awal tapi jugak berpotensi merosakkan hubungan kekeluargaan.
banyak perbuatan atau perkataan mak yg melukakan dan menggores-gores hati kami adik beradik, dan dia sendiri perasan tapi katanya diluar kawalan. so aku harap, aku dan adik-adik aku tabah lah menghadapi perkara ni.
sebab nak berdepan dgn pesakit mental ni, kita kena kuat.

doakanlah mak aku secepatnya pulih dr penyakit ni sb dah bermacam doktor kami pergi. ubat penenang juga diberi tapi tak juga berkesudahan. sekarang terpulanglah pada dia untuk terima kenyataan dan terima takdir hidup dia sb manusia cuma merancang, tuhan aturkan segala.
kepada korang yg sedang bergelut dengan masalah hidup, sebelum korang break down, berulangkalilah ingatkan diri korang, kunci pada kebahagian adalah penerimaan.

maaf aku mungkin sedikit menyimpang dr tajuk tapi kalau ada kalangan korang yg menghadapi masalah kemurungan ke anxiety ke, carilah bantuan. sebab penyakit mental bukanlah penyakit main-main dan sudah sampai masanya orang kita dididik tentang masalah sebegini .
terima kasih sudi baca . itu saja luahan aku.
assalamualaikum.

Rose

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply