Inspirasi

Hidup bertemankan syaitan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hidup Bertemankan Syaitan

Assalamualaikum dan hi semua. Aku harap sangat admin post confession aku ni sebab aku dah buntu sangat2.

Cerita dia start 4 tahun lepas aku, aku dirasuk. Lepas aku kena rasukan iblis syaitan lahanat tu, hidup aku huru hara. Aku nampak benda yang sepatutnya aku tak nampak, syaitan, iblis, jin dan bunian. Mula2 memang aku takut, tipulah tak takut. Mana taknya, semua benda yang aku buat, diperati. Memanglah Allah maha melihat dan Dia nampak segala gerak geri kita ni. Tapi cuba kau bayangkan, kau nak makan, benda alah tu perati je kau. Nak berak pun aku tak selera wei bila dia perati aku nak berak. Seminggu aku tahan berak. Takut punya pasal. Lepas beberapa bulan, aku dah biasakan diri. Ketakutan slow2 hilang. Aku nak berak pun taklah segan sangat haha.

Lama kelamaan, aku jadi pelik. Aku sakit tapi doktor tak dapat detect apa penyakit aku. Segala rawatan dah buat, MRI dan sebagainya. 3 tahun aku menanggung derita penyakit yang tiada kesudahannya. Sampai sekarang keadaan aku masih macam ni. Aku pun dah ikhtiar perubatan islam tapi hampa. Diorang tak dapat tolong aku jugak. Katanya, benda tu dah sebati dengan aku dan benda tu bukan lawan dia.

2 tahun lepas, aku dah tunang. Lagi beberapa hari nak nikah, tunang aku meninggal. Hampir 2 tahun aku depress wei sampai kena makan ubat. Lepas raya haji tahun ni, aku ada jumpa dengan lelaki ni. Kawan sekerja dengan aku. Dia baik, agama okay. Mula2 memang aku tertarik dengan dia, maksud aku adalah jugak hasrat nak hidup dengan dia ni. Bulan lepas, dia bagitahu aku nak jumpa dengan mak ayah aku. Entah kenapa tiba2 aku jadi tawar hati nak kahwin. Bukan dengan dia tapi dengan mana2 lelaki. Tiba2 nak sambung master pulak.

Minggu lepas, aku pergi majlis kawan aku. Keinginan nak kahwin tu tiba2 muncul. Aku pun ajak dia jumpa mak ayah aku, kiranya merisiklah. 2 hari lepas aku dirisik, tiba2 aku rasa taknak kahwin pulak. Macam2 aku fikir, takut aku tak dapat jadi isteri baiklah. Aku sendiri pun tak faham dengan diri aku.

Aku pernah beberapa kali nak ditamatkan riwayat. Hampir2 nak kena langgar dengan treler, hampir2 nak lemas masa mandi kolam, sesak nafas dan lain2. Aku dah penat dengan mainan syaitan lahanat ni. Aku dah ikhtiar macam2. Banyak ustaz tak sanggup nak tolong aku. Alasannya, benda alah tu bukan lawan dia.

Aku betul2 buntu sekarang ni. Terseksa giler hidup aku. Dahlah nampak benda semua tu, mood kahwin pulak on off, sakit yang tak dapat detect lagi. Aku pernah attempt suicide, tapi tak menjadi. Entahlah. Korang tolong aku ya, doa pun dah cukup bagi aku. Cerita dia panjang lagi tapi tak larat jemari aku nak menaip. Ni first and last aku confess pasal aku. Kalau ada yang sanggup tolong aku, tinggalkan komen and insyaAllah aku akan pm engko nanti. Thanks !

Qwertyuiop

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply