Inspirasi

Kawan tadika yang suka buat benda tak elok – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kawan Tadika Yang Suka Buat Benda Tak Elok

Assalamualaikum pembaca sekalian. Baru-baru ni aku banyak terbaca pasal confession berkenaan dengan pekerjaan di tadika. Sebelum ni, lepas habis LI aku ada pernah apply kerja untuk jadi cikgu kat tadika. Aku kiranya dah ada pengalaman selama 8 bulan jugalah kerja dalam bidang didikan kanak-kanak sebelum melanjutkan pelajaran lagi. For your information, aku kerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sedangkan bidang aku adalah computer science. Tapi sebab aku nak cedok pengalaman kerja untuk jadi pendidik(aku stress kalau kerja industry), so aku pun berlapang dada kerja mengajar ni. Walaupun kanak-kanak, tapi bagi aku skill tu perlu ada untuk tengok kau sesuai atau tidak untuk mengajar orang.

Mula-mula kerja, aku datang kerja awal pagi tapi bos tak datang lagi. Yang sambut kat muka pintu masa tu seorang kakak yang bernama N. Datang-datang aje dia suruh aku sapu laman. Ok tak apalah. Hari pertama, kenalah cari first impression dari orang lainkan.

Masa tu dorang tengah sibuk nak hias kelas sebab dah nak mula balik sesi persekolahan. Aku ringan-ringan tulang aje nak tolong dorang. Tapi, hari pertama tu jugak akak tu dah mula buruk-burukkan bos. Dia cakap bos fussy, suka cari point nak marah dia. Lepas tu kawan dia yang si I tu pun dua kali lima buruk-burukkan bos.

Awal-awal dah nampak suka cucuk orang. Tapi dia tak berjaya cucuk aku sebab aku jenis buat hal sendiri. Janji kerja aku siap. Padahal, setelah lama diperhatikan bos aku tu ok aje orangnya. Tak pernah sepanjang aku kerja tadika tu dia pernah marah aku ke apa. N tu cakap bos kedekut, padahal aku tengok bos sentiasa restock stationeries. Ha, cakap pasal stationery ni, aku ada sikit bengkek dengan N dan I ni. Ada ke patut barang tadika macam pensel, pen, marker, kertas color2, semua dorang ambik dan dorang sorok dalam kelas dorang? Bila nak pinjam aje macam-macam la dorang cakap. Nak-nak si N tu. Kedekut nak mampus. Ambik barang tu berpada-pada la. Ni sampai aku nak kena beli marker khas aku sendiri sebab ape yang bos provide dah dorang sebat. Nak cakap kat bos aku tak sampai hati. Bos aku tu lembut sangat sampai kadang-kadang macam kena pijak kepala dengan mangkuk dua ekor tu.

Tu satu hal. Yang aku tak suka pasal N ni, dia pernah gaduh dengan laki dia. Ok lantaklah kau nak gaduh macam mana pun. Tapi bila laki dia main masuk tadika lepas tu petik nama aku yang bagi dia izin masuk, tu memang macam jilake. Kau nak gaduh janganlah kaitkan orang keliling and kawasan tempat kerja. Menakutkan aku dan pekerja lain aje. Bila aku report dekat bos, dia macam tak puas hati dengan aku. Kononnya aku sibuk dan cuba tabur pasir kat periuk nasi dia. Hello! Kau yang tak professional nak salahkan orang lain plak. Nak gaduh, dekat luar tadikalah. Jangan dalam tadika. Membahayakan budak-budak kecik yang ada kat situ aje.

Lagi satu pesen dia aku tak berapa berkenan. N ni jenis suka paw makanan jugak. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dia suka kebas makanan student. Tadika aku ni banyak budak loaded so makanan mesti best-best. Suka-suka dia je, ambik makanan tu ngap dalam mulut dia. Kadang-kadang makanan student dia ambik bagi dekat anak dia (anak dia tadika situ jugak) yang pelahap kuasa lima tu. Itu belum lagi dia curi makanan tadika bawak balik rumah. Depan mata aku, dia curi cekodok pisang makanan student, dia cepat-cepat sorok dalam poket baju dia. Bila akak Z(pekerja lain di tadika itu) nampak and point dia curi makanan, dia tak mengaku. Aku terpaksa buat-buat tak nampak. Memang terseksa kerja kat situ kalau ternampak kecurian dan penipuan yang berlaku depan mata aku. Tapi aku terpaksa sabar sebab nak tunggu permohonan belajar aku lambat lagi.

Bos aku ni baik sebab dia jaga kebajikan makanan kitorang. Dia memang akan beli barangan basah kot-kot kitaorang nak makan ke, bolehlah masak disamping yang tu memang untuk pelajar makan sarapan, tengahari,makan petang. Tapi N dah ambik kesempatan dengan kebaikan bos. Dia selalu komplen yang makanan tak cukup. Tapi aku check dengan kawan aku makanan sentiasa restock. Setiap minggu restock. Kau bayangkan beli dua ekor ayam, kejap je habis. Tak sampai seminggu dah habis. Dan paling sial perbuatan dia bila aku dapat tahu barangan basah kat tadika tu dia bawa balik rumah! Beli nugget berapa bungkus dia ambik bawak balik rumah! Kiranya memang dia curi makanan tadika. Masa birthday anak dia, nugget yang bos beli tu dia guna juga untuk sambut birthday anak dia. Aku dan kawan aku Waly hanya mampu mengucap sebab apa N buat tu salah sama sekali. Dia buat macam tu, I dan D (cikgu tadika yang lain jugak) pun lama-lama terikut sekali sebat makanan tadika bawak balik rumah. Aku rasa kalau peti ais tu boleh kena angkut kompom dia rembat aje bawak balik jugak.

Banyak lagi yang aku memang tak puas hati kat N ni tapi tak boleh nak luah. Nama aje dah 30-an tapi perangai tak matang. Curi makanan, suka cari pasal. Dahlah kerja tak reti nak buat. Harapkan orang lain buat kerja dia. Kerja dia main phone je. Mentanglah wifi tadika laju. Memang enjoylah dia surf tak buat kerja sangat. Itu belum lagi kes dia ketuk kepala budak. Sampai mak budak tu komplen kat bos. Kesian bos aku. Terjejas credibility dia sebagai principal tadika tu.

Dan dengar cerita daripada kawan aku Waly, kebanyakan budak tadika tak nak dah sekolah kat situ untuk sesi tahun depan. Maknanya budak empat tahun nak ke lima tahun dah tak nak sekolah situ. Bagi aku satu kerugian disebabkan ada orang macam N ni. Dia menyebabkan bad impact kat tadika tu sendiri. Entahlah, tak tahu lagi tahun depan macam mana. Harap-harap ramai student yang nak sekolah situ sebab tadika tu baru peringkat permulaan. Kiranya belum cukup stabil lagi.

Kepada N, kau ubah sikap kau tu. Kau ingat bos tu bodoh ke tak nampak apa kau buat? Dia tak bertindak apa-apa mungkin sebab nak jaga air muka kau. Bak kata bapa aku, bos tu orang yang kau kena hormat kat tempat kerja. Kalau kau dengan perangai setan kau, baik kau berhenti aje kerja. Berkat ke kerja mengutuk orang? Makanan yang kau ambil tu, kalau bos tak halalkan jadi benda haram. Kau nak ke darah daging kau makan benda haram? Huh?

Itu ajelah confession aku. Kot nanti dia ternampak aku post benda ni, tak pasal Waly kawan aku kena serang lagi dengan dia. Kesian Waly. Tabahlah wahai sahabat. Semoga kau gembira dengan pekerjaan kau.

Adriana

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply