Semasa

Lelaki buat pembedahan muka mahu kelihatan seperti pengasas Alibaba

Perkongsian

[IMG]
[IMG]
JIAN (kiri) mahu kelihatan seperti Ma (kanan). – Agensi

Beijing: Seorang pemuda dari wilayah Shenzhen baru-baru ini membelanjakan 1 juta yuan (RM650,000) untuk membolehkan dia mempunyai wajah seperti bilionair, Jack Ma.

Biasanya, pembedahan plastik yang dilakukan bertujuan untuk dilihat seperti bintang filem terkenal.

Bagaimanapun, Huang Jian membuat pilihan berbeza, menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma, pengasas Alibaba, antara orang paling kaya di China dan di dunia.

Jian berkata, antara tujuan dia membelanjakan sejumlah besar wang untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan itu ialah supaya dia boleh menemui Ma, lapor akhbar People’s Daily.

Dia yang bekerja sebagai jurujual merancang memasuki Universiti Hupan, kolej swasta di Hangzhou yang dibuka Ma untuk mengajar usahawan muda cara memulakan perniagaan mereka.

Jian mungkin tidak bernasib baik kerana terpaksa membelanjakan wang dan menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma.

Seorang pengawal keselamatan menjadi popular tahun lalu selepas gambarnya yang mempunyai iras bilionair itu tersebar di Internet. Satu-satunya masalah ialah dia kelihatan sedikit lebih kacak daripada Ma. – Agensi/Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply