Semasa

MAHA 2016: Menang RM20,000 dengan meneka berat lembu

Perkongsian

[IMG]
Lembu Sado salah satu tarikan sempena MAHA 2016 di MAEPS, Serdang.

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 dipelawa menyertai pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan sepanjang pameran itu berlangsung.

Jurucakap Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia, penganjur pertandingan dalam satu kenyataan berkata, antara pertandingan yang paling menarik ialah pengunjung diminta meneka berat seekor lembu ‘Sado’ yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 bagi sesiapa yang dapat meneka dengan tepat.

“Pengunjung boleh menyertai pertandingan ini semasa mereka mengunjungi Tapak Laman Veterinar yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan ternakan terutamanya lembu, kambing dan unggas yang menjadi sumber makanan utama di negara ini,” katanya.

Selain meneka berat lembu tersebut, pengunjung laman ini juga boleh menyertai Pertandingan Selfie yang menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 kepada pemenang utama.

“Pengunjung juga berpeluang mengambil gambar selfie bersama haiwan-haiwan ternakan dan pemeliharaan yang terdapat di laman tersebut.

“Gambar-gambar yang menarik boleh dipertandingkan dengan menekan #selfiegtr,” katanya.

Bagi pengunjung kanak-kanak pula mereka dipelawa menyertai Pertandingan Mewarna Arca Haiwan.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 (hadiah utama), RM500 (kedua) dan RM200 (ketiga).

Terdapat banyak lagi pertandingan diadakan untuk pengunjung MAHA dan segala maklumat pertandingan boleh diperoleh di semua kaunter informasi yang disediakan di tapak MAHA 2016. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply