Semasa

Selama 20 tahun, wanita hidup dalam kehijauan setiap masa

Perkongsian

[IMG]
SEGALA pakaian dan kelengkapan dalam rumah Elizabeth berwarna hijau.

AMERIKA SYARIKAT – Selama 20 tahun, seorang wanita di New York hanya mengenakan pakaian berwarna hijau pada setiap masa.

Elizabeth Eaton Rosenthal atau dikenali sebagai Elizabeth Sweetheart merupakan seorang artis seni yang tinggal di Brooklyn dan tidak pernah memakai pakaian selain warna hijau.

Bagi Elizabeth, warnya hijau bermaksud kegembiraan dan warna paling positif di dunia.

Minatnya terhadap warna hijau bermula apabila dia menggunakan pewarna kuku berwarna hijau, begitu juga dengan rambutnya.

Kemudian, dia mula mewarnakan seluruh rumah dan hanya mengenakan pakaian yang berwarna hijau.

Malah segala peralatan di rumahnya juga menggunakan warna yang sama termasuk tuala, produk penjagaan kesihatan, perabot dan peralatan elektrik.

“Saya tidak pernah merancang untuk menjadi hijau.

“Hal ini bukan disebabkan perasaan obses tetapi berlaku secara semula jadi.

“Saya pernah menggunakan banyak warna tetapi mungkin disebabkan membesar di Nova Scotia dan berpindah ke New York membuatkan saya rindu kehijauan yang terdapat di kampung halaman,” katanya kepada portal New York Times. – MStar

[IMG]
[IMG]
[IMG]
[IMG]
[IMG]
[IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply