Semasa

Tembak rambang: Datuk mati di tangan pengawal peribadi sendiri

Perkongsian

[IMG]
[IMG]

GEORGE TOWN: Suspek yang melepaskan tembakan dan membunuh seorang Datuk serta dua yang lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak dan turut berada bersama di dalam kereta mangsa.

“Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arahnya,” katanya pada sidang media Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan individu yang bergelar Datuk itu di ialah Ong Teik Kwong, 32.

Polis masih menyiasat punca kejadian berlaku.

Seramai empat orang turut tercedera dalam kejadian itu. – MStar

___________

Pengadu Menyatakan :
PADA 01/12/2016 JAM LEBIH KURANG 7.40 MALAM SEMASA SAYA MEMANDU KERETA PJH 6667 JENIS ESTIMA WARNA PUTIH MELALUI JALAN SUSUR KELUAR KE PULAU PINANG DARI JAMBATAN PERTAMA , LEBUHRAYA DR LIM CHONG EU. KETIKA ITU KERETA BERGERAK PERLAHAN. SEMASA DALAM PERJALANAN SAYA LIHAT ADA SEORANG LELAKI CINA DALAM KEADAAN BERDARAH DI KEPALA DAN MUKA. SAYA BERANGGAPAN BELIAU TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DAN BERTANYA SAMADA BELIAU PERLU PERTOLONGAN SAYA UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL PULAU PULANG. BELIAU MEMBERITAHU IA MEMERLUKAN PERTOLONGAN SAYA. SAYA TERUS MENGAJAK LELAKI TERSEBUT MASUK KEDALAM KERETA UNTUK DIBAWA KE HOSPITAL. SEMASA DALAM PERJALANAN LELAKI ITU MEMINTA KEBENARAN DARI SAYA UNTUK MENGGUNA TELEFON BAGI MENGHUBUNGI KELUARGANYA. SAYA BENARKAN BELIAU MENGGUNA TELEFON BIMBIT SAYA ITU. SEMASA LELAKI ITU BERCAKAP DENGAN SESEORANG SAYA TERDENGAR PERBUALAN MEREKA YANG MENYATAKAN – ITU BODY GUARD SUDAH GILA, ITU TAILO SUDAH MATI DAN DIA JUGA SUDAH KETUK KEPALA SAYA DENGAN PISTOL””. SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT MENGHUBUNGI ORANG YANG LAIN PULA DAN MEMBERITAHU SEMUA BARANG-BARANG DAN BEGNYA BERADA DALAM KERETA YANG BELIAU NAIKI SEBELUM MENUMPANG KERETA SAYA. APABILA SAYA MENDENGAR BELIAU BERCAKAP PERKARA TERSEBUT SAYA JADI TAKUT DAN TERUS MASUK KE STESYEN MINYAK CALTEX DAN MENURUNKAN LELAKI TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT REPOT INI UNTUK KESELAMATAN SAYA DAN TAKUT ADA APA-APA BERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU KEMUDIAN HARI.TELEFON NOMBOR YANG LELAKI TERSEBUT GUNA UNTUK HUBUNGI ITU ADALAH 01024****** DAN 01255955**

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply