Semasa

50 lagi Rohingya dibunuh, tentera Myanmar terus mengganas

Perkongsian

[IMG]
[IMG]
GAMBAR disiarkan Arakan News Agency menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kekejaman tentera Myanmar di Kampung Hati Fara di utara Rakhine. AGENSI

MAUNGDAW 1 Dis. – Desakan masyarakat antarabangsa dan demonstrasi membantah kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya nampaknya tidak mendatangkan apa-apa kesan apabila tentera negara ini terus membunuh penduduk minoriti Islam tersebut, dedah Arakan News Agency semalam.

Kezaliman terbaharu itu yang berlaku Jumaat lalu hanya didedahkan semalam menyaksikan 50 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila tentera melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk di Kampung Hati Fara di sini pada waktu pagi.

Menurut saksi, tentera mula melepaskan tembakan ketika penduduk cuba menyelamatkan diri apabila kampung mereka dikepung dari segenap sudut.

Koresponden Arakan News Agency melaporkan, sebanyak 80 penduduk dari kampung sama turut ditahan termasuk dua yang parah akibat dipukul dengan kejam oleh tentera Myanmar.

Portal itu melaporkan, tentera yang tidak berhati perut memperkosa kira-kira 10 gadis Rohingya, manakala pelampau Buddha tempatan yang bersenjatakan pisau dan parang pula membawa lebih kurang 60 remaja etnik tersebut ke kawasan pergunungan serta hutan.

Arakan News Agency turut menyiarkan beberapa keping gambar sebagai bukti keganasan tersebut antaranya memaparkan dua mayat penduduk Rohingya dan dua lagi yang cedera dengan seorang daripadanya luka dipercayai akibat terkena tembakan.

Dalam perkembangan baharu hari ini, tentera Myanmar menahan dan mendenda tiga lelaki Rohingya atas kesalahan menyebarkan berita kekejaman dialami etnik tersebut kepada media antarabangsa.

Seorang wartawan Arakan News Agency berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammed Jaber Sultan, 40, Mohamed Shaker Vdo, 39, dan Mohammad Karim Siraj, 37.

“Ketiga-tiga mereka didenda antara 300,000 hingga 500,000 kyat (RM1,013-RM1,689). Keadaan itu juga memperlihatkan bagaimana kerajaan Myanmar menyekat penyebaran berita kekejaman mereka dengan cara memeras ugut penduduk Rohingya,” kata koresponden itu. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply