Semasa

BNM umum langkah baru sokong ringgit berkuatkuasa 5 Disember

Perkongsian

[IMG]
Ia bertujuan mewujudkan pasaran tukaran asing di Malaysia yang meluas, maju, memiliki kecairan agar setara dengan pertumbuhan ekonomi serta sentiasa menepati keperluan sofistikated para pengguna.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan kecairan pasaran tukaran asing berkuat kuasa 5 Disember ini.

Bercakap pada taklimat media di sini, hari ini, Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata langkah bertujuan memperluaskan pasaran kewangan Malaysia itu antaranya membolehkan pemastautin, termasuk kalangan pengurus dana berstatus pemastautin untuk bebas dan secara aktif melindung nilai mata wang dolar AS dan renminbi China.

Bagaimanapun, pendedahan itu hanya terhad kepada RM6 juta setiap pelanggan dan setiap bank dengan perisytiharan sekali tiada pembabitan dalam aktiviti spekulatif.

Kalangan pemastautin dan pengurus dana bukan pemastautin kini boleh secara aktif menguruskan pendedahan tukaran asing sehingga 25% daripada jumlah pelaburan aset.

Jelasnya, bagi mempertingkatkan akses pelabur asing dan korporat terhadap tukaran asing di pasaran dalam pesisir, institusi kewangan luar pesisir bukan pemastautin boleh mengambil bahagian dalam kerangka Pejabat Lantikan Luar Negara yang diberi kelonggaran tambahan bagi transaksi ringgit.

“Kelonggaran ini termasuk (tindakan) melindung nilai tukaran asing (akaun sendiri/bagi pihak pelanggan) untuk akaun semasa dan kewangan berdasarkan komitmen, pembukaan akaun ringgit (simpan kira) dan lanjutan pembiayaan dagangan ringgit,” katanya.

Menurut Adnan, sejajar usaha memudahkan pelaburan dalam aset tukaran asing, pemastautin yang memiliki pinjaman ringgit domestik, bebas untuk melabur dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara pada had RM50 juta untuk korporat dan RM1 juta bagi individu.

“Pemastautin tanpa pinjaman ringgit domestik sebaliknya boleh terus menikmati kelonggaran pelaburan dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara membabitkan sebarang jumlah.

“Ini memberi layanan sama rata kepada pemastautin dengan pinjaman ringgit domestik untuk melabur dalam aset tukaran asing di pasaran dalam atau luar pesisir,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kalangan pengeskport kini boleh mengekalkan sehingga 25% hasil eksport dalam mata wang asing berbanding 100%, sebelum ini.

“Mereka boleh memegang baki lebih tinggi dengan kelulusan BNM untuk memenuhi tanggungan obligasi dalam tukaran asing,” katanya.

Malah, kata Adnan, sebarang pembayaran oleh pengeksport pemastautin bagi tujuan penyelesaian dagangan barangan dan perkhidmatan domestik, kini perlu dibuat sepenuhnya dalam ringgit.

Kesemua hasil eksport dalam ringgit juga boleh menikmati kadar pulangan lebih tinggi menerusi satu kemudahan deposit khas.

Kemudahan berkenaan akan ditawarkan kepada pengeksport menerusi semua bank-bank komersial pada kadar 3.25% setahun.

Bagaimanapun, kemudahan yang akan ditawarkan sehingga 31 Dis 2017 itu tertakluk kepada semakan selanjutnya.

Mata wang asing yang diperoleh daripada pertukaran hasil eksport akan digunakan bagi memastikan kecairan berterusan tukaran asing di pasaran dalam pesisir.

Sebagai tambahan kepada langkah lindung nilai yang diumumkan itu, para pengeksport juga dapat melindung nilai atau sebaliknya sehingga tempoh 6 bulan daripada tanggungan obligasi mata wang asing mereka.

Langkah ini bertujuan menggalakkan pasaran tukaran asing dalam pesisir yang lebih terperinci, telus dan mantap bagi kemudahan pelabur dan penggiat pasaran menguruskan risiko pasaran secara berkesan dengan kelonggaran lebih ketara untuk melindung nilai di pasaran berkenaan.

“Pasaran tukaran asing dalam pesisir yang lebih terperinci dan (memiliki) kecairan akan membolehkan para pelabur melaksanakan pengurusan lebih baik bagi menangani kelemahan aliran tukaran asing,” katanya.

Jelasnya, langkah-langkah yang baharu diumumkan itu merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembangunan pasaran Jawatankuasa Pasarangan Kewangan.

Ia bertujuan mewujudkan pasaran tukaran asing di Malaysia yang meluas, maju, memiliki kecairan agar setara dengan pertumbuhan ekonomi serta sentiasa menepati keperluan sofistikated para pengguna.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperoleh menerusi talian 03-2698 6089, 03-2692 8736, 03-2691 6473, 03-2691 3164 atau 03-2693 0772 (Isnin sehingga Jumaat pada 9 pagi-5 petang), Sabtu dan Ahad dari 9 pagi-1 tengah hari) atau emel infofmc@bnm.gov.my mulai 3 Disember. – FMT

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply