Semasa

China mula bina replika kapal Titanic bernilai RM651 juta

Perkongsian

[IMG]
LOKASI pembinaan replika Titanic yang telah dimulakan di bandar Sichuan, China. AGENSI

[IMG]
LAKARAN imej pembinaan replika Titanic yang dijangka siap hujung tahun depan. AGENSI

BEIJING 1 Dis. – Kerja-kerja membina replika kapal Titanic yang penuh kontroversi dan dianggarkan menelan belanja sebanyak 116 juta pound (RM651 juta) telah dimulakan di China semalam.

Menurut portal Mail Online, majlis peletakan batu asas telah diadakan dengan meriah di barat daya wilayah Sichuan bagi menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan replika berkenaan.

Projek tersebut sebahagian daripada rancangan syarikat Kumpulan Pelaburan Star Energy untuk mempromosikan pelancongan di sepanjang Sungai Qijiang.

Ketua Eksekutif Steven Star, Su Shaojun menegaskan, projek pembinaan replika kapal penumpang Britain itu di China bukan sesuatu yang janggal atau pelik.

“Bukan negara tertentu yang memiliki hak mutlak terhadap sesuatu perkara. Sama seperti Amerika Syarikat (AS) yang menerbitkan filem Kung Fu Panda atau Mulan.

“Bagi China, Titanic mewakili sesuatu bersifat sejagat,” jelasnya.

Pelan replika tersebut mencetuskan kontroversi kerana turut menyediakan simulasi kemalangan melibatkan kapal tersebut di Lautan Atlantik pada 15 April 1912.

Shaojun berkata, pihaknya menghormati tragedi Titanic dan berusaha untuk tidak menyinggung perasaan walaupun menerima kritikan ramai kerana cuba mencipta semula bahan sejarah yang telah mengorbankan lebih 1,500 nyawa untuk tujuan pelancongan.

Menurut beliau, projek itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan dan Pereka Produksi serta Penerbit terkenal Hollywood, Curtis Schnell dilantik sebagai pakar reka bentuk projek tersebut.

“Kami cuba untuk membinanya dengan menyamai rekaan asal Titanic. Hanya reka bentuk luar akan dibina dengan tepat,” jelasnya. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply