Inspirasi

Hutang: derhaka pada ibu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hutang: Derhaka Pada Ibu

Assalamualaikum & salam Sejahtera. Tujuan saya share cerita ni bukan sebab nak memburukkan orang. Tapi sebab saya rasa sgt terseksa tanggung derita ni sorang2. Sy tak suka buka aib keluarga apatah lagi nak memburuk2 kan org yg saya sanjung dan sayang. Saya ada seorang ibu dan arwah ayah telah meninggal 20 tahun yang lepas. Saya sayangkan ibu saya dan saya selama2 nya akan hormati dan bersumpah akan tunaikan kewajipan saya sebagai seorang anak. Tambahan pulak sebagai anak lelaki dan beragama islam. Mmg saya titik beratkan tanggung jawab dalam hidup saya.

Sejak arwah ayah meninggal, ibu saya terpaksa menyara 6 orang anak dan 5 orang yang masih bersekolah. Abang sulung saya baru saja lepas spm pada waktu itu dan ibu juga yang tolong abang saya mula2 belajar berdikari. Saya pada waktu itu masih darjah satu. Alhamdulillah sekarang semua adik beradik saya sudah berkeluarga kecuali saya.

Memang jasa ibu saya tak dapat nak balas sampai jasad saya kembali ke tanah. Tetapi saya punyai masalah dan saya betul2 bingung dan hampir putus asa kerana masalah saya melibatkan tanggung jawab sebagai seorang anak.

Saya punyai pekerjaan yang baik (alhamdulillah). Tetapi ibu saya seringkali meminta duit berkali2 dalam sebulan sehinggakan saya sendiri tiada simpanan dan abaikan hutang piutang saya. Pada zaman belajar, saya pernah membantu ibu untuk membuat pinjaman bank dengan menggunakan nama saya dan kakak saya dengan perjanjian antara kami sekeluarga, ibu janji yang akan membayar bulanan. Namun disebabkan terlalu percayakan ibu kami relakan sahaja atas niat menolong ibu sendiri. Tapi setelah 4 tahun dan saya telah bergraduasi saya telah pun di blacklist oleh bank kerana gagal membuat pembayaran dan tunggakkan hutang sehingga mencecah RM23 000. Sewaktu itu hati saya berkecai kerana saya masih ada lagi hutang dengan PTPTN dengan amaun yang hampir sama. Tetapi itu kisah 3 tahun lepas ketika saya baru bergraduasi. Saya tak boleh minta ibu bayar kembali kerana saya tahu ibu tidak punyai wang dan saya redha dan berserah dan cuba membuat simpanan sendiri utk langsaikan hutang itu.

Namun ianya tidak berakhir sampai di situ saja. Ibu saya masih bergiat aktif dengan perniagaan mlm dan selalu membuat pinjaman dengan agensi luar. Kini ibu saya telah menggunakan nama kakak sepupu saya pula dan telah menyusahkan kakak sepupu saya dan menyebabkan kakak sepupu dan suaminya sering bertelagah kerana hutang ibu. Kakak sepupu terpaksa menghubungi saya utk meminta saya membantu melangsaikan hutang piutang. Saya janji pada kakak sepupu utk membantu melanaskan hutang itu sedikit demi sedikit.

Disamping itu juga, ibu saya seringkali meminta wang dan janji untuk memulangkan pada saya namun tak pernah pulangkan nya. Saya tak kisah, kalau ibu pinjam duit saya mmg saya tak akan niat takkan minta utk pulangkan. Tapi saya juga manusia mahren, saya juga perlu wang utk lunaskan hutang piutang. Kadang2 sebulan saya terpaksa beri hampir seribu ringgit sebulan pada ibu dan dalam masa yg sama adik beradik saya turut memberi apa yang termampu. Disebabkan saya anak yang berkejaya sayalah tempat ibu saya meminta. Saya bukanlah seorang yang kaya raya. Sejak 4 tahun bekerja saya masih tidak punyai kereta kerana saya tak boleh utk membuat pinjaman atau menyimpan utk membeli kereta. Disamping itu saya sehingga kini belum mampu utk menyimpan duit utk membayar habis hutang dengan bank dan nama saya masih disenarai hitam. Saya kadang2 berasa putus asa dan ingin berhenti kerja dan duduk saja di rumah kerana saya betul2 risau akan situasi yang menimpa saya.

Kini saya telah lali dengan teknik2 ibu saya minta duit. Bila saya tak beri macam2 penipuan dia berikan sehingga saya tak sampai hati untuk tidak memberi wang dan walaupun saya tahu saya ditipu saya tetap beri juga wang kepada ibu. Pernah beberapa kali ibu menipu saya dengan pura2 sakit dan meminta saya wang yang terlalu banyak yang saya rasa mustahil pihak klinik minta. Pernah saya minta utk berikan resit bayaran tapi ibu pura2 merajuk dan sering mengungkit akan pengorbanan yang beliau beri sewaktu kami masih kecil. Ya Allah, saya tak pernah lupa pengorbanan ibu saya, tetapi sekarang saya sendiri dah tak ada haluan hidup. Sampai sekarang saya lupakan niat utk berkhawin kerana fikirkan ibu saya.

Saya betul2 kecewa dengan apa yang berlaku dan saya rasa tidak berguna saya utk terus bekerja. Saya tak pernah ceritakan masalah ini pada mana2 sahabat saya. Rapat atau tidak, hanya adik beradik saya yang tahu berkenaan masalah saya & sifat boros ibu saya.

Sepanjang saya kecil, saya akui mmg ibu sangat manjakan saya. Saya anak kesayangan kerana hanya saya yang sampai ke menara gading. Mmg ibu byk bekorban utk saya. Jadi, sebab itu hubungan saya adik beradik tidak akhrab. Kakak saya yang terdekat membenci saya. Katanya saya selalu menyusahkan ibu ketika saya masih belajar. Katanya saya yang paling suka meminta duit pada ibu sehingga ibu meminta duit pada adik beradik saya yang lain.

Ya Allah, saya setiap semesta saya ada duit PTPTN. Bila masuk semesta baru saya terus ibu tanya saya adakah duit PTPTN sudah masuk? Mmg ibu suka pinjam duit PTPTN saya sewaktu saya belajar. Tapi duit PTPTN saya ibu saya bayar balik kerana PTPTN saja sumber wang saya utk makan & hidup di universiti. Masa zaman belajar juga saya rajin ikuti program2 universiti yang memberikan wang ganjaran kepada yang menyertai. Kadang2 saya juga buat kerja sambilan di koperasi & gerai di dalam kampus. Jadi saya punya wang saya sendiri. Mmg saya tak nafikan, ada masa saya juga ada mintak tolong ibu utk pinjam wang, tapi saya boleh kira berapa sangat duit yang saya biasa pinjam. Pernah sekali abg sulung saya talefon marah2 pada saya kenapa kerap minta mak saya duit. Walhal sebenarnya, ibu saya selalu pinjam duit PTPTN saya ketika itu dan kebiasaan ibu beri duit untuk byr kembali wang PTPTN.

Paling terbaru, ibu saya ada buat pinjaman duit. Saya yang mmg arif akan perangai ibu luahkan tidak setuju akan tindakkan ibu. Ibu masih ada pinjaman dengan kakak sepupu, kalau ibu ambil satu lagi pinjaman, bagaimana ibu ingin bayar hutang tersebut? Namun ibu berdegil dan tetap membuat pinjaman. Pinjaman ini merujuk kepada pinjaman yang dibuat awal tahun 2015 dan pinjaman yang diambil dengan nama dengan kakak sepupu juga pada bulan yang sama. Akhibatnya, ibu tak mampu untuk membayar hutang beliau dan hutang kakak sepupu.

Jadi kakak sepupu meminta saya tolong lunaskan hutang yang beliau ambil untuk ibu. Dan ibu juga mengharap saya untuk menolong beliau juga. Ya Allah, walaupun sya kerja bergaji besar, namun saya masih ada hutang bank yang ibu pinjam atas nama saya yang belum lunas. Jadi, total hutang ada 3 dan semua mengharap saya seorang utk byr.

Buat pertama kali saya berkeras untuk tidak mahu tolong ibu. Saya janji pada kakak sepupu untuk menolong beliau melangsaikan hutang ibu. Saya dalam masa yang sama akan fokus simpanan saya untuk hutang bank yang telah blacklistkan nama saya dan kakak.

Perkara yang saya sangat terkejut dan menggugat keimanan saya apabila ibu menyalahkan saya dan menuduh saya Anak Derhaka dan menghasut adik beradik saya dan menfitnah menyatakan hutang2 itu untuk saya. Ya Allah! Sungguh tak sangka Ibu saya sanggup mengfitnah saya sampai bergitu sekali..

Jujur saya katakan yang saya betul2 kecewa dengan apa yang berlaku. Sekarang sudah setahun saya tidak balik ke kampung dan hati saya masih tawar untuk menerima perbuatan ibu. Alhamdulillah saya masih punyai seorang kakak no.3 yang faham akan hal sebenar dan sering menyokong saya dan beri kata2 semangat. Hanya dia saja seorang faham situasi saya. Dalam masa yang sama, adik beradik saya yang lain pakat pulaukan saya dan menuduh saya anak derhaka..

Anak Derhaka

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply