Semasa

Kasih isteri, bawa suami terencat akal sapu sampah bersama

Perkongsian

[IMG]
CHEN membawa suaminya, Liu ketika bertugas menyapu sampah di jalanan. – Ihsan SCMP Pictures

[IMG]
Chen sentiasa menjaga suaminya yang mengalami masalah mental sejak jatuh sakit pada 2007. – Ihsan SCMP Pictures

BEIJING: Kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang isteri terhadap suaminya di China, wajar dicontohi apabila wanita itu sanggup menjaga dengan baik pasangannya yang mengalami masalah mental.

Wanita tersebut, Chen Rong mungkin hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah di jalanan di Dujiangyan, wilayah Sichuan tetapi pengorbanannya menjaga suaminya, Liu Jianming ternyata wajar diberi pujian.

Selama tiga tahun berturut-turut, wanita berusia 51 tahun itu membawa Liu mengikutnya menyapu sampah di kawasan seluas 4,000 meter persegi sambil dibantu oleh suaminya yang memegang penyodok sampah.

Berdasarkan laporan portal Chengdu Economic Daily, Liu jatuh sakit dan menjadi lumpuh pada 2007.

Walaupun lelaki itu mampu bergerak semula, tetapi kerosakan di bahagian otak menyebabkan dia mengalami masalah mental dan berkelakuan seperti kanak-kanak tiga tahun.

Malah kejadian pada 2013 membuatkan Chen sedar suaminya perlukan jagaan rapi apabila Liu sesat ketika berjalan di bandar sebelum ditemukan di tepi tebing curam oleh ahli keluarganya.

Sejak itu, Chen sentiasa membawa suaminya ke mana sahaja termasuk ke tempat kerja walaupun sehingga lewat malam.

“Saya sering melihat mereka bersama setiap hari sejak dua tahun lalu,” kata seorang pekerja restoran tempatan yang enggan dikenali.

“Masih wujud manusia yang tidak akan mengabaikan pasangan mereka dalam keadaan apa sekali pun,” katanya.

Chen, yang bekerja sebagai tukang sapu sejak 12 tahun, berkata, kehidupan mereka semakin senang apabila anak lelakinya yang memiliki ijazah, mula bekerja dan memberikan wang perbelanjaan.

Pasangan tersebut juga menerima elaun kebajikan pada setiap bulan. – MStar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply