Inspirasi

Kasut tumit tinggi – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kasut Tumit Tinggi

Salam. Hai admin. Terima kasih kalau sudi publish post aku ni. Love you.

hai korang. Aku cuma nak share satu perkara berkaitan diri aku yang aku tak sure orang lain alami ke tak.

gayat. Secara umumnya k
alau aku sebut gayat tak mustahil la kan ade orang yang gayat. Tapi gayat aku ni melampau. Membuatkan aku sangat sangat takut. Ngeri.

contoh. Kalau naik tangga aku tak boleh berhenti dekat tengah2 tangga tu. Aku rasa sangat bahaya. Aku sangat2 takut. Lagi2 kalau ade air dekat tangga tu. Aku tengok je air dekat tangga tu aku dah terbayang aku jatuh tergolek. Kepala terhentak. Darah meleleh. Dan aku jugak takut darah. Kalau naik tangga biasa kalau dekat asrama dia ada tangga hujung kiri, hujung kanan dan tengah. Pilihan aku tangga tengah. Sebab tangga hujung tak de banggunan biasanya nmpk kawasan lapang. Yang mana membuatkan aku betul2 gayat tahap aku rasa aku boleh terbang ke bawah. Aku takut naik tangga hujung.

naik flyover. Kalau bawak kereta. Flyover ok je sebenarnya. Cuma ade 1 je flyover yang aku takut dan aku terpaksa lalu. Flyover dekat lepas bandar kinrara yang ade stesen mrt baru alam sutera tu. Depan tu ade ade flyover kanan arah kelana jaya. Weiii flyover dia kiri kanan kosong. Xde banggunan sebab mmg tinggi flyover dia. Kalau kosong tp rendah xpe la. Ade pokok boleh teman aku. Kalau tinggi ade banggunan kiri kanan pun xpe lagi. Sebab ade subjek lain yang tak menampakkan ketinggian tu terlampau. Tapi flyover tu kiri kanan kosong. Setiap kali lalu. Aku meremang dan gelabah. Dan cuak. Dan tak suka. Aku gayat. Aku tumpukan sepenuh perhatian aku time lalu. Dah la jalan dia kona. Aku pegang stering kuat2. Bila turun je. Terbang habis semua ketakutan aku. Keadaan kembali normal.

kasut tinggi. Aku ni perempuan. Kakak manis la katekan. Bila tengok kasut tinggi tu suka la. Ade ke yang tak suka. Tapi aku gayat nak pakai kasut tinggi. End up aku pakai flat je la. Aku ade beli 1 kasut 3 inci masa sale. Lepas beli aku terus pakai. Masa tu dekat mines. Jalan awal tu aku dah rasa dah aku jalan mcm pondan. Tapi aku try jugak jalan. Bila time nak turun eskalator aku punya teragak agak nak naik eskalator mmg over la. Sua kaki tak jadi. Sua kaki tak jadi. Kawan2 aku mmg maklum hatta pakai selipar pun aku gayat nak naik eskalator. Jd dyorg mmg tunggu la aku. Aku masa tu lantak la orang belakang tunggu aku. Aku pass barang2 aku kat kawan2 lain2 sorg pegang tangan kanan aku. Tangan kiri aku pegang pemegang eskalator. Yang penting selamat mendarat aku jalan mcm biasa. Cari kerusi tukar selipar. Jadi kasut tu aku pakai masa tu je la. Tak pakai dah. Lepas tu ade jugak beli lagi kasut tinggi dalam 2 inci. Tak pakai jugak. Raya tahun lepas teringin nak beli kasut tinggi sebab dia cantik sangat. Tinggi dalam 2 inci. Pun aku tak pakai lagi sampai hari ni. Sebenarnya aku rasa tak konfiden bila aku pakai kasut tinggi. Aku rasa tak sesuai la. Tak elok la. Gayat la. Jalan tak elok la. Aku ni gemuk. Dan aku bukan la seorang yang takda keyakinan diri. Aku ok je untuk buat apa2 setakat ni. Kalau presentation alhamdulillah aku mmg xde masalah. Ke nak berhadapan dengan orang ke mmg aku ok. Tapi jgn pakai kasut tinggi la. Mmg terbang melayang la keyakinan aku tu. Aku mmg rasa lebih yakin dan orang pun akan yakin tengok aku dan aku sendiri yakin dengan tindakan aku bila aku pakai flat. Bila kdg2 aku nak try pakai kasut tinggi. Saat2 akhir aku goyang. Jadinya kasut flat adalah pilihan aku.

antara kasut tinggi dengan selipar aku tetap rasa yakin dengan selipar. Salah satu yang buat aku taknak pakai kasut tinggi tu sebab gayat la. Bila pakai terus tinggi. Aku mesti nak cari pemegang kiri kanan sementara nak biasakan jalan tu. Aku tengok kawan2 lain ilek je pakai. Tapi aku tak boleh.

Kalau cuci kipas ceiling kat rumah mmg tak la. Aku gayat. Cuma ade sekali tu adik aku kat u ngan asrama. Aku dengan mak je dekat rumah. Abah kerja. Mak suruh cuci kipas. Menjerit2 aku gayat mak. Takut mak. Pegang kerusi ni mak. Jgn lepas mak. Last2 sebilah je aku cuci. Mak pun tak larat dengar aku jerit2. Turun dari kerusi tu termenung aku wey. Gigil pala lutut aku.

Kalau jalan2 dengan kawan2 diaorang ajak buat ekstrim sikit. Mmg aku taknak la. Tapi kadang kene paksa. Dari mula sampai habis aku membebel dengan suara yang kuat. Ritu dekat bukit merah tu kitaorang naik skycycle. Gila kau. Tobat aku taknak naik dah. Aku rela jaga beg diaorang je. Aku suka pegi tempat2 bersejarah. Aku suka muzium. Kawan2 aku pulak tak suka. Boring kata depa. Aku suka melawat sambil mengetahui sejarah. Tenang. Aku tak suka aktiviti sebab gayat. Aku takut.

aku tak tau mcm mana nak hilangkan gayat yang aku rasa makin menjadi2 ni.

abil

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply