Inspirasi

Kerja kontrak – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kerja Kontrak

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Apa yang aku nak ceritakan ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku bekerja kontrak sebaik saja habis degree. Tak kisahlah grad dengan 2 @ 3 pointer ke, sejujurnya nak cari kerja sekarang memang susah walaupun dengan lambakan pekerjaan yang digempar-gempurkan saban hari.

(Selingan SL1M), habis je degree aku masuk SL1M dulu. Waktu ni tak hirau dah apa orang nak kata, aku masuk dengan niat nak polish soft skills dan dapat elaun (ye la sape nak bg duit dkt kau after degree dgn x keje bagai). Sebulan belajar soft skills memang terbaik, dapat jumpa kawan baru especially grad oversea pointer letop pom pom pom lagi (sape kata bdk SL1M just for low scorer).

Tak sedar berbulan-bulan dgn SL1M, aku dapat offer kerja sales and marketing untuk contract position dekat satu anak syarikat Singapore. Bayangkan ye antara sebab aku accept offer tu sebab dekat dgn famili (atas kehendak ibu tercinta). Tapi memang save budget sangat-sangat bila tempat kerja dekat dengan rumah. Segala benda dah tertanggung. Aku sempat kerja 5 bulan sebelum aku terpaksa resign sebab company buat hal (malas nak cerita hal apa). Tapi dalam masa 5 bulan aku keje tu, banyak kenangan manis dan perit yang aku lalui (cewah mcm ayat drama Suri Hati Mr Pilot). Kalau buat sales marketing memang gaji kau tak terjangkau dek minda sebab makan commision, basic seciput je. Tapi, nak enjoy dengan commision ribu-riban, kena pandai approach orang, cara bercakap kena betul, faham pasal produk, tahu macam mana nak counterback kata customers. Semua ni akan belajar masa stayed dengan SL1M dulu, yes SL1M (jgn pandang rendah kualiti SL1M). Waktu ni, cara development company bagus sebab pun promote career growth, bayangkan dalam 5 bulan tu, aku dah bole sampai level senior team leader (ada 9 org anak buah, noted: ni bkn MLM). Peritnya nak sampai level tu Tuhan je tahu. Sales kena consistent, convincekan org baru, train org baru sampai bole deliver product alone with customers. Pengalaman waktu ni memang best sebab aku memang suka kerja training and development ni. Nak jadikan cerita, selepas 5 bulan aku decided untuk resign atas sebab tertentu. Waktu tu aku berhenti dengan notis 24 jam, menyesal tu ada tapi aku move on untuk cari something yang aku rasa lebih kena dgn jiwa ragaku.

(Selingan jobseeker) 2 bulan gak la aku macam hantu cari kerja. Sampai satu tahap aku dah nak give up. Waktu tu Tuhan buka satu pintu demi pintu peluang interview untuk aku. Muhasabah kejap semua ni ada hikmahnya. Selepas interview yang ke3 barulah aku dapat offer letter untuk kerja di ibu kota Malaysia.

Kerja Kontrak 2 Suasana office, sejuk, ada meja sendiri, ada pantry semua bagai memang idaman aku. Dengan status kontrak, aku mula kerja dengan positive minded semoga selepas tamat kontrak nanti ada peluang untuk aku diserap permanent. Dugaan kerja office ni plak lain cabarannya. Kalau dulu cabaran kontrak sales marketing cuma nak cari potential customers, tak ada sangat isu kasta senior junior kontrak permanent. Tapi dalam suasana office ni, itulah dugaannya. Sebenarnya aku malas nak layan dari hari pertama kerja lagi hal kasta-kasta ni, tapi semenjak dua menjak ni rasa tak puas hati tu membuak-buak. Bukan aku nak sangat penghargaan atau recognition dari sesiapa, cuma jgn la layan staff kontrak macam kuli batak. Cara bercakap tu biarlah betul, aku tolong kerja kau supaya nanti company tak dapat bad reputation. Tapi janganlah sebab salah sikit, ditengkingnya aku macam itu kerja wajib aku (sedangkan tu keje kau). Kita sama-sama kerja makan gaji, beza kau dh dapat title permanent dan aku masih kontrak. So tak perlulah nak angkat kening hidung mulut semua bagai bila aku buat salah. Boleh tegur dengan cara baik untuk improvement. Kata we all for work for live and for a better living, ni bole sakit jantung dengar kau maki hamun staff kontrak.

Konklusinya, staff kontrak ni pun manusia juga. Dari segi benefit memang hampeh apa pun tak dapat. Tapi tak apa buat masa ni sebab aku pun masih belajar. Kalau kau expect fresh grad dengan pengalaman kerja 10 tahun, better kau sorang-sorang je kerja dalam company tu. Yang terakhir kali, staff kontrak tak pernah sempurna, jangan dikecam dikeji kalau salah yang dibuat itu masih boleh dimaafkan.

Itu saja pengalaman saya sebagai staff kontrak. Kalau korang tak setuju tak apa, saya pun tak sempurna. Bye.

Enezrei

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply