Inspirasi

Kusut dengan kerja – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kusut Dengan Kerja

Salam dan selamat sejahtera.

Aku harap confession ni disiarkan. kalau disiarkan, terima kasih admin. maaf andai bahasa aku berterabur sebab aku bukanlah penulis novel yang sentiasa menitikberatkan jalan cerita yang nak diceritakan. yang aku tahu, aku nak confess, nak meluahkan tentang apa yang aku rasakan selama ni kepada semua readers page ni. Sebab aku dah tak tahu nak luah dekat mana lagi.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Cik Amyline. Masih bujang, berumur 26 tahun dan telah bekerja sebagai penjawat awam di Kuala Lumpur selama 7 tahun. Cerita aku bermula apabila seorang pegawai mula dipindahkan ke ofis aku. Seorang lelaki, berumur lingkungan 30an. Dia ni pernah ganggu aku, atau dengan kata lain, pernah lakukan sexual harrassment kat aku. aku takut, tapi dalam masa yang sama malu nak bercerita kepada orang sekeliling sebab aku yakin, orang takkan percaya kalau aku cakap encik tu berkelakuan camtu. kenapa? sebab bagi pandangan mata orang ofis aku, dia ni seorang yang bagus, sentiasa mementingkan peraturan dan sentiasa mengutamakan agama dalam setiap perbuatan dia. tapi iman seseorang tak dapat diukur dengan personaliti luaran semata-mata. dia sentiasa cuba untuk mengambil kesempatan ke atas diri aku. dan semestinya aku sentiasa mengelak untuk berdepan secara berdua-duaan dengan dia.

Tiap kali dia panggil aku konon-konon atas urusan kerja dan mintak supaya pintu bilik dia ditutup, mesti aku akan cipta seribu satu alasan. mesti akan ada reader yang kata, kenapa tak buat laporan untuk diambil tindakan tatatertib ke atas encik tu? bukan aku taknak ambil tindakan tatatertib, tapi aku tak ada bukti sahih sebab aku bukannya record pun masa dia cuba ambil kesempatan tu. tambahan lagi, dia ni seorang yang boleh dikatakan alim dan warak. selalu ingatkan kami tentang solat dhuha, suruh segerakan solat zohor dan asar dan kadang-kadang bagi takzirah agama kat kami. walaupun dia sentiasa cuba cari peluang nak ambil kesempatan atas aku, tapi aku memang bertegas dengan dia. mungkin sampai satu tahap dia dah penat mencuba, sebab aku perasan sekarang dia dah tak ambil kesempatan dah atas aku.

lama kelamaan, aku perasan yang dia ni sentiasa cari pasal dengan aku. selalu tengking aku tak tentu pasal sedangkan benda tu bukan salah aku. sampai satu tahap, dia malukan aku depan orang-orang dari Kementerian luar yang datang melawat ke ofis aku dengan cara tengking aku depan dorang. Aku malu. Cara dia tengking aku depan orang luar tu memang membuatkan aku menangis. Jujur aku cakap. Aku malu nak berdepan dengan orang yang sertai lawatan tu. Sedangkan aku tak buat salah apa-apa pun. Salah aku hanyalah sebab aku lambat datang jumpa dia masa dia whatsapp aku. Bila aku cakap aku kat tandas masa tu, handphone aku letak dalam laci, lagi la dia tengking aku. Katanya arahan dia lagi penting. Kena utamakan dia bila dia panggil datang.. ye, aku yang paling muda kat ofis ni. mungkin sebab tu dia langsung takde walau sikit pun rasa hormat kat aku sebagai manusia. perangai dia ni gila. kenapa aku cakap camtu? bini dia pun dia boleh tengking dekat ofis kitorang. tapi memang padan lah dua orang ni. kenapa? laki bini sama-sama meroyan. tak padan pegawai gred 41, tapi perangai macam orang takde otak. langsung tak pandai nak jaga air muka dan maruah orang lain. bukan aku sorang je kena camni kat ofis ni, orang lain pun kena, tapi takde seteruk yang aku kena. aku ni jela tempat dia tengking hari-hari.

ayat dia yang paling aku tak boleh nak lupa, kau sedar tak kau tu sape? kau tu orang bawah. Kuli aku… bagi aku, dia terlalu banggakan sangat pangkat yang dia ada. Tapi dia lupa. Siapa yang lebih berkuasa. Dia lupa pada Yang Maha Melihat dan Mendengar. kalau kami nak pergi mana-mana untuk selesaikan urusan penting, mesti dia tak bagi. tapi kalau dia yang buat atau tetibe menghilang, takpe la pulak.

Isteri encik ni pulak bekerja sebelah pejabat aku. Selalu la dia datang ofis aku jumpa suami dia. Isteri dia ni datang kat ofis aku baru-baru ni, serang-serang aku. Bukan sebab aku ada skandal dengan suami dia ok. Sebabnya suami dia ni mengadu pasal aku kat dia. Kalau mengadu benda betul tu takpe la pulak. Ni siap reka cerita lagi. Aku tak sempat nak pertahankan diri aku, dah bertalu-talu dia serang. Aduhai puan.. mesti korang terfikir kenapa sampai isteri dia datang serang aku.. katanya suami dia ada sebut nama aku masa dorang tengah gaduh. aduhai. kenapa pulak nak libatkan aku dalam isu rumah tangga korang ni? aku tak pernah walau sekali pun ada skandal dengan suami dia. keluar makan pun tak pernah. whatsapp pun atas urusan kerja sahaja. pastu pulak cakap yang cara aku buat kerja salah. sedangkan aku hanya mengikut SOP kerja yang telah ditetapkan. Kalaulah puan tahu camne perangai suami puan sebenarnya, pasti puan pun takkan sesuka hati memalukan muka puan untuk datang serang saya.

dan puan, tolong la jadi lebih profesional. puan tak berhak nak campur urusan ofis kami. kami ada cara pengurusan kami sendiri. dan kerana tindakan encik dan puan yang tak pandai nak kawal emosi ni, sekarang saya jadi mangsanya. kalau encik dan puan ada masalah rumahtangga sekalipun, jangan jadikan saya sebagai tempat untuk melepaskan amarah. Encik, apa sebenarnya masalah encik dengan saya sampai encik sentiasa tengking saya sesuka hati encik? saya pun ada hati dan perasaan. saya pun manusia biasa. semua orang dah pelik, kenapa aku je yang sentiasa jadi mangsa keadaan..

aku pernah tanya dia, apa salah saya? kenapa saya sorang je yang sentiasa salah?

dia jawab kau ni muda lagi. kau jangan nak kurang ajar dengan aku. jangan nak jadi biadap.

banyak lagi yang dia buat kat aku. banyak lagi kelakuan kurang adab yang dia buat. kalau nak ceritakan semua, memang sampai esok tak habis nak menaip. hahaa. aku sendiri tak tahu samada aku yang salah ataupun dia sendiri yang tak pandai nak bergaul dan berkomunikasi dengan masyarakat dan anak buah sendiri. ye, aku sendiri tak sempurna, mungkin ada kekurangan dalam kualiti kerja yang aku buat, tapi tegurlah dengan berhemah. jangan main hentam dan tengking sesuka hati je walaupun gred kau lebih tinggi daripada aku.

aku dah tak tahu camne caranya nak berdepan dengan manusia macamni.. sampai satu tahap, aku dah give up. dah tak tahu camne nak pujuk hati aku sendiri agar bertahan dengan perangai dia ni sorang. kalau lah korang pernah alami dan berjumpa dengan spesis manusia yang sombong, bongkak dan sentiasa rasa diri dia tu betul, tolong bagitau aku camne caranya untuk aku berdepan dengan orang macamni. perjalanan karier aku di sini masih jauh. aku okey dengan officemates dan orang atasan yang lain, tapi yang problem nya dia ni sorang je. Dan sekarang semua orang dah tak hormat mereka suami isteri lagi dah sebab perangai dorang yang entah apa-apa ni.

nasihat aku kepada semua, walau setinggi mana pun pangkat dan darjat kau, pandanglah ke bawah, jangan asyik mendongak ke langit sebab kau naik kerana kami yang di bawah ni. Hidup ni ibarat roda, takkan selamanya kau sentiasa berada di atas. Aku doakan agar encik dan puan sedar bahawa pangkat yang kalian pegang sekarang takkan kekal selamanya. Tak boleh bawak masuk kubur pun. aku doakan kalian berdua sedar tentang tu. Maaf confession aku panjang. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi pandangan.

Cik Amyline

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply