Semasa

Lelaki baru sehari kerja curi 4 buah iPhone 7 di Pavilion

Perkongsian

[IMG]
Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mengambil telefon bimbit jenis Iphone 7.

[IMG]

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki dipercayai melarikan empat buah telefon bimbit jenama iPhone 7 di sebuah kedai telefon bimbit di pusat beli-belah Pavilion dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, suspek adalah pekerja premis tersebut.

Menurutnya, suspek bertindak membawa keluar telefon bimbit itu tanpa kebenaran dari kedai terbabit.

“Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai terbabit dan suspek dilihat mengambil dua unit telefon bimbit iPhone 7 berkapasiti 128 gigabit berwarna hitam dan dua lagi berwarna hitam jed.

“Dianggarkan bernilai RM14,796 dan suspek kini sedang giat diburu polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, dua rakaman video masing-masing berdurasi 18 dan 37 saat menjadi viral di laman sosial Facebook apabila menunjukkan seorang pekerja mengambil empat buah telefon bimbit di bahagian stor sebelum melarikan diri ke pintu keluar. – Sinar

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply