Semasa

Lelaki percaya dirinya sebenarnya sudah jadi hantu

Perkongsian

[IMG]
SELAMA 18 bulan McKinlay percaya dia sudah meninggal dunia dan menjadi hantu. – Press People

London: Seorang bekas askar disahkan menghidap sejenis penyakit otak yang menyebabkan dia percaya dirinya sudah meninggal dunia dan menjadi hantu.

Warren McKinlay, 35, disahkan menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Cotard selepas terbabit dalam satu kemalangan motosikal pada 2005 yang hampir membunuhnya.

McKinlay yang berasal dari Braintree, Essex berkata, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian kepala dan dirawat di sebuah hospital tentera.

“Pada waktu itu ramai askar yang cedera dalam perang di Afghanistan dirawat di hospital sama.

“Setiap hari saya melihat ada askar yang mati dan ramai yang kehilangan anggota badan,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan dirawat di hospital dia akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang tetapi mula berkelakuan ganjil.

“Kerana sering melihat kematian ketika di hospital, saya secara perlahan-lahan percaya saya juga sudah mati dan menjadi hantu.

“Saya juga tidak makan kerana percaya tiada gunanya saya makan akibat sudah meninggal dunia,” jelasnya.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan dia sering mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan isteri serta anak-anaknya kerana percaya dia sudah menjadi hantu.

Katanya, keadaan itu berlarutan selama 18 bulan sebelum dia kembali pulih selepas menjalani rawatan psikologi.

Seorang pakar berkata, Sindrom Cotard sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam satu bilion.

Menurutnya, penyakit itu boleh membawa maut kerana pesakit tidak mahu makan apabila menyangka mereka sudah mati. – Agensi/Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply