Semasa

Lorong motosikal lebih luas di Federal Highway untuk superbike

Perkongsian

[Image: azlan-laluan-motosikal-1.jpg]

PETALING JAYA: Motosikal berkuasa tinggi tidak lama lagi boleh menggunakan laluan motosikal sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Ketua Ikatan Silaturrahim Brotherhood Azlan Sani Zawawi berkata projek meluaskan lorong kepada 3 meter akan menyediakan ruang secukupnya untuk 2 motosikal kelas kruiser dipandu sebelah-menyebelah.

“Ada banyak motosikal jelajah sekarang ini dan hampir mustahil untuk mereka masuk ke lorong motosikal sedia ada.

“Lorong yang diluaskan patutnya cukup untuk motosikal besar.”

Azlan menasihatkan pengguna lorong motosikal, terutamanya motosikal berkuasa tinggi, supaya mematuhi had laju.

“Mereka tak sepatutnya merempit.

“Mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna lorong motosikal yang lain.”

Kerja meluaskan lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan dijangka bermula suku pertama tahun hadapan, dengan peruntukan RM29 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata kementerian bercadang untuk meluaskan lorong motosikal kepada 3 meter, dan 3.5 meter di kawasan yang dibolehkan.

Azlan berharap laluan alternatif itu cukup luas untuk semua jenis motosikal, kerana lebih 100,000 pengguna menggunakannya setiap hari.

Sementara itu, Presiden Kelab Pemilik RXZ Badrul Hamzi berkata laluan motosikal yang luas boleh mengurangkan kemalangan.

“Lorong sedia ada sangat sempit. Pengguna perlu lebih waspada supaya tak terlanggar motorsikal yang cuba dipotong.

“Lagi payah kalau bawa motosikal touring.”

Badrul berkata lorong alternatif, disamping itu, patut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

“Keselamatan perlu diutamakan dan kita harap pihak berkuasa bukan sekadar sediakan kon keselamatan.” – FMT

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply