Inspirasi

Tanya: apa yang diri aku nak sebenarnya? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tanya: Apa Yang Diri Aku Nak Sebenarnya?

Assalamualaikum. Thanks admin sebab approve confession aku ni. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa sejak aku tetiba jadi pendiam ni. Even dengan family sendiri pun aku banyak diamkan diri sekarang ni. Hmm. First of all, aku ni dulu seorang yang happy go lucky person. Kau campak aku dengan sesiapa pun insyaAllah aku boleh survive. Even makcik dekat stesen bas pun aku boleh sembang macam makcik tu dah lama aku kenal. Haha. Dan aku bukan seorang yang jenis cepat touching kalau ada orang bergurau kasar dengan aku. Sometimes tak kisah pun sebab aku tahu conversation aku dengan kawan aku tu just sekadar melawak walaupun setengah orang anggap kawan aku tu bergurau kasar.

But, one day, kawan aku cakap aku dah lain. Aku dah kurang lepak dengan dia. Kalau jumpa pun aku macam dalam dunia aku sendiri. Dah tak banyak bercerita, dah tak banyak gelak. Even kalau datang tengok aku study pun dia dah tak nampak aku macam enjoy study aku macam sebelum ni. Dia kata dia tak nampak jiwa aku dalam buat sesuatu. Bila dia cakap macam tu aku terkejut, sampai macam tu sekali ke aku berubah pada pandangan mata dia?

Then, aku cuba analyse diri aku balik sebab aku tak percaya apa yang dia cakap tu. End up, apa yang kawan aku cakap tu betul. Aku sendiri pun tak dapat rasa jiwa aku bila buat something. Aku rasa lifeless. Tak ada semangat langsung untuk aku buat apa-apa dan aku lebih suka menyendiri. Banyak diam, kadang-kadang menangis tanpa sebab, tak macam aku yang dulu. Aku tak suka diri aku sekarang dan aku pernah cuba nak jadi diri aku yang dulu balik, susah!

Aku cuba cari punca kenapa aku jadi macam ni. Aku tengok hubungan aku dengan orang-orang yang pernah ada connection dengan aku. So far tak ada masalah, semua orang aku boleh nak cakap dan bergurau except for one. Aku pelik betul kenapa aku tak boleh langsung nak baik dan mesra dengan dia. Setiap kali jumpa ada je benda tak kena. Aku bukan seorang yang tak boleh terima teguran, boleh je. Tapi kalau dia tegur aku dengan cara menghina dan menengking aku depan orang lain, tu aku sangat-sangat tak boleh terima. Dan cara dia menghina tu agak teruk jugak la sampai buat self-esteem aku hilang dan depressed sampai macam ni. Tak sangka benda ni effect aku sampai jadi macam ni.

Pernah dia bagi ceramah agama kat aku cakap aku ni kena banyak reflex diri buat solat hajat banyak-banyak sebab Tuhan macam tak nak dengar doa aku. And Im like what? Hahaha. Cara dia cakap macam aku tinggal solat 5 waktu and tak pernah buat solat hajat langsung. (Aku terasa hina gila time dia cakap macam tu padahal aku tahu kewajipan aku sebagai hamba kat muka bumi ni). Aku tahu lah aku ni tak pandai, bodoh bebal tak macam dia yang bijaksana dan perfect semua benda. But at least, kalau nak berbincang boleh je kan nak bincang cara elok-elok? Kadang sampai compare aku dengan dia, benda-benda basic wajib ada supaya tak menyusahkan orang lain katanya. Mungkin dia tak pernah hidup susah kot sampai bangga diri yang dia mampu untuk beli semua benda. First time aku jumpa orang yang riak dan sombong macam tu. Sakit hati pulak aku.

Tapi masalah aku sekarang macam mana aku nak keluar dari masalah jiwa ni? Apa yang tak kena dengan aku? Aku nak jadi diri aku balik. T_T Aku nak enjoy balik jadi diri aku yang dulu.

K

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply