Semasa

Tembak rambang: Bodyguard ada masalah mental, bekas tentera

Perkongsian

[IMG]
Pengawal peribadi (kiri) dan pemandu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk mendapatkan perintah tahahan reman pagi ini. – Foto DANIAL SAAD

Georgetown: Pengawal peribadi yang melepaskan tembakan menyebabkan tiga maut, termasuk majikannya mempunyai latar belakang ketenteraan namun disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu sebagai suspek pertama, mempunyai permit untuk membawa serta menggunakan senjata api dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Difahamkan pengawal peribadi berusia 37 tahun berasal dari Kepong, Kuala Lumpur, itu baru sehari bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwang, 32, dan ketika kejadian dia berada di tempat duduk belakang manakala pemandu Datuk berkenaan duduk di penumpang hadapan. Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.

Khalid berkata, polis turut menahan pemandu berkenaan yang berusia 32 tahun.

Difahamkan, pemandu berkenaan yang duduk di depan bersama majikannya, melarikan diri selepas dipukul pengawal peribadi berkenaan yang duduk di belakang.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pagi ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Ahmad Tajudin Zain, membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, dua lagi mangsa yang maut ialah Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32, manakala yang cedera, Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply