Inspirasi

Aku dan ptptn – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Dan PTPTN

Aku & PTPTN

Aku dah grad 7 tahun lepas dari ipta tp bukan uia. Aku dapat sambung belajar di negeri bawah bayu lepas habis PLKN. First time dalam hidup dapat RM 1500 atas nama sendiri. Seronok kot. Tapi aku buat beli tiket flight since kene daftar kat negeri bawah bayu.

Bermulah pinjaman PTPTN. Seronok ada duit sendiri tak perlu minta ayah time tu. Since jarang balik, so guna duit tu pergi CP dan makan-makan. Time aku semester 2, siap beli handphone ok. Time tu handphone sabun aku beli. Canggih dah time tuh.

Masuk sem 3. Aku dah mula cermat. Aku aser cukuplah aku guna untuk perkara lagha. Dulu duit makan dapat, sehari RM 4. Pakai kupon untuk makan. So duit PTPTN memang untuk belanja dan buku.

Sambung degree, aku sambung di semenanjung. Duduk pula rumah sewa. Sebabkan masa diploma dah pandai bajet duit PTPTN, alhamdulillahh masa degree pun boleh manage.

Kadang kadang bila baca orang yang tak pernah pinjam PTPTN sindir orang yang meminjam aku rasa nak marah je. Bayangkan umur muda dah dapat rasa duit beribu. Mana lah fikir boleh bayar ke tak. Sebab bajet abes belaja aku mesti kerja gaji 3k. Lagipun time tu, tiada siapa yang guide, better jangan ambil PTPTN, bunga besar. Dan awal-awal lagi dia offer RM 1500 saat rakyat marhaen macam aku yang sangat memerlukan masa tu untuk beli tiket flight ke tempat belajar. Pastu kawan sekeliling pun ambil PTPTN, jadi ada rasa geng.

Dah abes belajar, aku pun cari kerja. Aku rasa susah nak cari kerja yang aku boleh guna kelulusan degree. Aku cari kerja di selatan tanah air. Tapi aku tak kisah kerja bukan ikut kelulusan pun. Asalkan aku ada kerja tetap.

Sampai lah satu waktu, aku terpikir kenapa aku susah nak guna degree atau diploma aku. Aku terdetik mungkin ke sebab aku tak bayar PTPTN? Aku pun cuba la ambil inisiatif untuk bayar secara ansuran tolak gaji.

Lepas aku bayar secara ansuran, aku rasa kesan dia gaji naik, belanja pun lebih tapi masih banyak baki. Macam lebih berkat. Mungkin hikmah bila kita cuba melangsaikan hutang. Sebulan aku bayar RM 200 PTPTN tapi aku naik gaji RM 400. Rezeki,alhamdulillahh.

Memang pada aku PTPTN tu kejam. Bayangkan lah pinjam RM 30k tapi bayar bulan bulan pun masih tak berganjak dari amaun tu. Mana orang tak marah. Tapi nak buat macam mana kan, hutang perlu bayar. Rezeki Allah luas, InshaAllah.

Ini cerita aku lah. Takde kaitan dengan orang lain. Maaf kalau ada yang terasa dengan cerita aku. Peace!

Cik Kay

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply