Inspirasi

Aku dan warga asing – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Dan Warga Asing

Salam semua.

Aku sekarang menetap di luar negara untuk beberapa tahun. Sebelum aku datang sini, anggapan aku terhadap lambakan warga asing di Malaysia sangatlah teruk. Aku anggap mereka ambil peluang kerja kita, terpaksa bersesak-sesak dengan mereka naik RapidKL masa peak hour. Senang cerita, aku rasa diorang menyebok di negara kita. Kadang-kadang ada antara kita layan mereka macam sampah. Tengok je la video orang marah pekerja bangladesh dekat mamak. Belum lagi isu-isu sexual harassment dan lain-lain. Teringat masa zaman sekolah, orang sering guna title bangla untuk ejek kawan-kawan seolah-olah warganegara mereka satu hinaan.

Semenjak aku pindah ke luar negara, aku sedar yang bandar-bandar utama memang banyak warga asing mainly sebab peluang pekerjaan. Aku pulak bekerja di sini dan kawan-kawan sekerja aku ada yang dari Pakistan, Bangladesh dan Somalia. Mula-mula terdetik jugak, ramai betul immigrant datang sini untuk bekerja. Rupa-rupanya aku silap, selidik punya selidik, mereka semua ada yang Masters graduate, ada firm sendiri dan ada jugak tengah study engineering. Bukan calang-calang orang. Mereka cuma bekerja sambilan untuk hantar duit extra kepada family. Mereka sangat rajin bekerja dan tidak pernah dengar mereka complain.

Apabila aku berada di negara orang, aku kadang-kadang terasa asing dan dipandang enteng oleh locals. Seolah-olah aku faham apa yang pekerja warga asing di Malaysia rasa. Locals ada buat campaign cakap kita ambil peluang pekerjaan bla bla bla. Sedangkan bila kita duduk diperantauan, kita bekerja bersungguh-sungguh dan tidak begitu demand sebab nak grab je peluang apa yang ada.

Sebab tu ada warga asing yang jadi construction workers sanggup bersempit-sempit dekat bilik kecil diperbuat dari papan. Padahal gaji tak seberapa berbanding dengan ridiculous workload. Tapi itu adalah way better than what they have back home. Manakala locals demand nak gaji tinggi tetapi kerja senang. Rasanya, problem macam ni memang ada kat banyak negara kot. Kita macam selesa di tempat sendiri and sebab tu some of us merantau untuk cari pengalaman.

Bila difikirkan some of us layan warga asing macam sampah, teringatkan nasib kami yang diperantauan ini. Tapi jangan risau, aku cuma disini untuk beberapa tahun dan akan pulang ke Malaysia untuk contribute pada negara. Sekarang cuma ada mission untuk mengumpul duit untuk kahwin dan masuk ke negara ni secara sah.

Kita boleh ambik iktibar dari kerajinan warga asing dan stop treating them badly. Aku tak cakap lambakan warga asing di Malaysia perkara yang baik, mungkin penganalisa economy lagi tahu kesan-kesannya pada negara. Kalau warga asing masuk illegally tu, tak baik lah kan. By the way, warga Malaysia pun ada masuk negara lain untuk work illegally. Tapi iyalah, nak dapatkan work visa bukan senang, bayar beribu dan procedure leceh sangat.

Kadang-kadang malu pulak teringat kita complain pasal Pendatang Asing Tanpa Izin sedangkan ada antara kita masuk tanpa izin ke negara lain. Maybe jumlah tak sama, tapi nama baik negara tercalar jugak sedikit sebanyak. Kita apabila diperantauan, baik bekerja atau melancong, kita membawa nama negara. Bunyi macam serious dan patriotik tapi jujurnya, locals akan refer kita kepada Malaysian guy/lady. So, sama-sama jaga diri bila abroad. Terlari topic pulak.

To conclude, sebagai manusia biasa, we need to be kind. Mereka (warga asing) mungkin bapa kepada anak-anak kecil yang cuma membanting tulang kerja shift 12 jam straight untuk sesuap nasi.

Mereka juga manusia, sama macam kita.

KC

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply