Inspirasi

Drama jadi realiti – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Drama Jadi Realiti

Assalamualaikum.

Terima kasih iium sebab approve cerita akak ni.Tujuan kongsi kisah ni bukan sebab nak bukak aib makcik sendiri,tapi untuk bukak mata semua orang supaya jangan laaa abaikan mak ayah kat kampung.

Cerita die macam ni,akak ni ade nenek (mak kepada ayah akak) yang dh tua dan die duduk sensorang kat kampung.Rumah nenek akak ni dekat dengan rumah ayah akak.Jadi setiap minggu dua tiga kali ayah akan jenguk nenek kat kampung.Nape nenek taknak duduk sama dengan ayah ?Sebabnya dia degil nak duduk rumah sendiri.Rumah peninggalan suami dia.

Satu hari ayah mintak tolong adik perempuan ayah untuk jaga nenek.Sebab nenek dh tak sihat dan permintaan nenek untuk duduk dengan anak perempuan dia.Plus,ayah pon sekarang kaki dh mula sakit2.Mak pon dh sakit2 kaki dan sekarang terpaksa jalan pakai tongkat.Jadi ayah agak risau kalau2 dia tak dapat jenguk selalu dah lepas ni.

Ayah whatsapp laa makcik sebab nak mintak tolong jagakan nenek untuk sementara waktu.Bukanlah nak melepaskan tanggungjawab seorang anak lelaki yang kena jaga mak.Tapi sebagai adik beradik ayah ade hak untuk mintak tolong adik dia jaga mak kan?Lagipon ayah anak sulung,apelah salahnya kalau adik2 tolong abang.

Makcik balas whatsapp ayah panjang lebo.Kalau laa boleh share screenshot kata kata makcik.Akak cuma boleh share ayat je laa.Kata dia,jaga mak adalah tanggungjawab anak lelaki.Dia cakap kat ayah,jangan lepas tangan untuk jaga nenek.Jadi selama ni ayah ke yang lepas tangan?Selama ni sapa yang jaga nenek?

Makcik cakap lagi,die perlu carik duit untuk hidup.Dan akan selalu sibuk dengan outstation.Makcik sikit berubah lepas naik pangkat.Kalau dulu,makcik selalu bawak nenek balik rumah dia.Sekarang tak lagi.Nak balik untuk jenguk nenek pon masa raya je.

Makcik sekarang dah tak peduli dengan nenek.Ayah cuma mintak sikit toleransi,tapi die cakap takde perbincangan dah lepas ni.Itu keputusan muktamad dia.Ayah tak balas pon whatsapp tu.Ayah malas nak bertekak.Ayah cuma nak mintak tolong makcik untuk sama2 jaga nenek lagipon makcik dah takde suami dan anak2 sudah besar sebab tu laa mintak tolong.

Tapi kalau dah macam tu gayanya,takpe la ayah.Kita jaga nenek sesame je la.Sikit pelik dengan adik beradik ayah,diorang macam tak kisah dengan mak sendiri.Oh,ayah ade adik perempuan lagi sorang tapi tak tahu mane sebab dia dah lama tak contact ayah.

Tak macam adik beradik belah mak.Masa dulu arwah atok dengan nenek belah mak sakit,semua bersatu.Sama sama jaga,tak kisah adik beradik lelaki mahupon perempuan.Sampaikan dulu arwah atok dengan nenek belah mak,mak dengan ayah pon ada jaga bawak balik atok dengan nenek duduk sama2 dengan kami.Tu anak perempuan yang jaga.

Takpe laa makcik,ayah akan jaga nenek macam selalu.Nenek agak kecewa bila tahu anak perempuan dia taknak jaga dia.Ayah cakap makcik sibuk.Jadi ayah je akan jaga nenek.Tapi makcik,jangan nanti satu hari nenek dah takde baru makcik nak terhegeh hegeh dok nangis.Kejarlah kekayaan dunia,tak perlu kejar ganjaran akhirat nanti (sarkastik).

Akak kongsi cerita ni sebab ingatkan dalam drama je wujud bende bende macam ni.Tapi rupanya terkena dekat family sendiri.

Semoga kita semua tak selfish macam makcik.Ye,semua orang nak carik duit untuk kelangsungan hidup.Tapi jangan sampai abaikan mak ayah kat kampung.Bertoleransi laa dengan adik beradik.Tak salahkan kalau anak perempuan jaga mak ayah juga?

Jangan fikir kau sorang je nak carik duit,adik beradik lain pon ade tanggungjawab jugak.Bertimbang rasa sikit,kalau bulan ni aku jaga,bulan depan kau jaga.

As for now,akak doakan makcik akak berjaya dunia akhirat.Mungkin ini tiket ayah ke syurga nantikan?Mane laa tahu.Terima kasih sebab sudi baca.

Cucu nenek yang prihatin

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply