Inspirasi

Fikiran terlampau kejam – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Fikiran Terlampau Kejam

Assalamuaikum dan selamat sejahtera, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih yang amat sangat jika admin menyiarkan luahan aku ni. Aku sangat memerlukan pandangan dan pendapat dari sesiapa yang boleh membantu aku dalam masalah yang aku hadapi ni.

Masalah aku ni boleh dikatakan agak berat juga lahdisebabkan itu lah, aku tak berani nak mintak pendapat daripada sesiapa secara face to face, takut orang kata aku gila atau psycho.

Aku tak tau nak describe diri aku macamana sebenarnya. Aku seolah-olah ada dua personaliti yg berbeza. Satu baik dan satu lagi jahat, terlampau jahat. Cuba bayangkan yer.. Satu contoh aku bagi. Aku duduk bersembang dengan makcik-makcik tua yang comel, lembut dan peramah..tengah asyik bersembang, tiba-tiba terlintas kat fikiran aku ni untuk tengking makcik-makcik tu, siram air dekat muka diorang, tampar kepala diorang dan bersikap kurang kat makcik-makcik tu. Tapi aku tak buat lah, aku bayang kan jer.

Contoh yang lain, kucing peliharaan keluarga aku baru lepas melahirkan anak, aku pon tinjau lah anak-anak kucing tu sambil senyum, yela..gembira tengok anak kucing comel-comel..tapi tiba-tiba datang fikiran jahat akunak ambik anak-anak kucing tusumbat dalam bekas kuih kaca mak aku..lepas tu biar mak kucing tu cari anak dia.

Imagine howkalau aku betul-betul buat benda yang aku bayang kan tu.. Fikiran negatif tu automatik muncul dalam kepala aku ni Dah tu fikiran tu muncul setiap kali aku rasa gembira, tengah relax, tengah tak buat apa-apa, lagi teruk bila aku tengah sorang-sorang.

Ada satu hari tuaku dalam perjalanan nak pergi kerja, tunggu traffic light hijau, ternampak pulak seorang lelaki tua, yang mungkin seorang homeless tengah kutip tin, dalam kepala aku ni terfikir, kalau aku kaya esok lusa..aku nak bukak satu pusat bantuan untuk para gelandangan, dalam asyik berangan tutiba-tiba fikiran jahat aku datang Aku bayang kankalau aku culik lelaki tua tu, bunuh atau bakar dia..mungkin takda siapa yang akan tau
Ni dah sampai tahap perasaan ingin membunuh pulak Ya Allah kejam nya akuwalaupon aku tak buat.

Kalau tengah main-main dengan kucing. Sambil main-main tu aku boleh terfikir, nak patahkan kaki kucing tusebab aku rasakan yang kaki tu kecik dan fragile..macam senang nak dipatahkan.. Takpun, sambil nk tunggu kereta berhenti untuk kita melintas jalan, aku rasa macam nak tolak orang yang ada dekat depan aku tu masa lori tengah lalu.. Kalau dekat tempat kerja pulak.. Orang tengah repair lif, aku nak tekan button lif tu dengan harapan nak biar lif tu terhempas. Ni semua sekadar bayangan yer..aku tak buat pon

Kalau nak diikutkan..banyak lagi fikiran-fikiran jahat yang aku nak buat kat orang..terutamanya orang-orang yg innoncent atau binatang-binatang yang lemah ..Aku takut satu hari nanti, secara tak sedar, aku mencederakan orang-orang yang tak bersalah. Paling aku takut kalau aku tercedera kan keluarga aku atau orang dan haiwan yang aku sayang.

Aku harap, ada sesiapa yang boleh memberikan pandangan, macamana aku nak atasi masalah aku ni. Atau ade sesiapa yang pernah mengalami atau sedang mengalami perkara yang sama boleh tolong kongsikan pendapat untuk atasi fikiran gila ni..kalau nak cerita kan kat orang..nanti orang kata aku gila, aku tak gilaaku takde dengar bisikan-bisikan halus yang boleh mengatakan aku gila Kalau tercerita pulak dekat orang yang dengki, dah orang fitnah aku pulak..nak tak nak kena buat confession secara rahsia..

Nur Aqlily Riana

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply