Semasa

Kantoi mencuri, ibu sanggup lari tinggalkan 3 anaknya

Perkongsian

[IMG]
TROLI berisi barangan curi ditinggalkan di kaunter bayaran selepas kegiatan mencuri oleh tiga wanita disedari petugas pasar raya di Sungai Besar, semalam.

SABAK BERNAM 2 Dis. – Seorang ibu tergamak meninggalkan tiga anaknya masing-masing berusia dua, 10 dan 15 tahun di sebuah pasar raya di sini semata-mata mahu melepaskan diri daripada ditangkap kerana mencuri.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu wanita terbabit yang berusia 30-an didakwa melakukan kegiatan tersebut bersama-sama adik perempuan dan ibunya yang masing-masing berusia 28 dan 65 tahun sebelum perbuatan mereka dikesan oleh pekerja kaunter pasar raya berkenaan.

“Wanita terbabit bersama adik perempuan dan ibunya cuba membawa keluar tiga troli mengandungi pelbagai jenis barangan keperluan dan peralatan sekolah tanpa membuat pembayaran di kaunter.

“Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dikesan pekerja kaunter pasar raya sebelum mereka bertindak melarikan diri. Namun, wanita itu bukan sahaja gagal melarikan troli tersebut, malah meninggalkan tiga anaknya di pasar raya berkenaan.

“Mereka sempat melarikan diri menaiki sebuah kereta dipercayai Proton Wira. Namun adik perempuannya berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan yang bertugas,” jelas sumber itu yang menyatakan nilai kesemua barangan yang cuba dilarikan bernilai kira-kira RM1,500.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, selain menyatakan wanita terbabit kemudiannya menyerah diri dua jam selepas kejadian bagi mengambil tiga anaknya yang ditinggalkan di pasar raya berkenaan.

“Maklumat daripada dua suspek yang ditahan membawa kepada penangkapan suspek ketiga, iaitu ibu suspek. Kesemua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply