Semasa

Kilang Coca-Cola milik Yahudi beroperasi di Gaza

Perkongsian

[IMG]
KILANG Coca-Cola yang pertama di kawasan timur perindustrian bandar Gaza. – Foto AFP

BANDAR GAZA: Operasi kilang Coca-Cola yang pertama di Semenanjung Gaza, diharap dapat meyakinkan pelabur untuk menjalankan perniagaan di wilayah itu.

Pengurus Palestinian Coke Gaza, syarikat francais milik National Beverage Company (NBC), Yasser Arafat, berkata usaha sama itu akan menghantar satu mesej kepada pelabur bahawa wilayah terkepung Palestin masih dibuka untuk perniagaan.

“Ia membuktikan pelaburan di Gaza boleh berjaya. Jika kami boleh beralih daripada ketakutan, kami boleh mengurangkan pengangguran,” katanya.

Terletak beberapa ratus meter dari sempadan dengan Israel, kemudahan pembotolan baharu berharga AS$20 juta (RM89.11 juta) itu dibukan secara rasmi, Rabu lalu.

Kilang seluas 15,000 meter persegi itu akan menyediakan kira-kira 120 peluang pekerjaan dengan segera, dengan jangkaan pertambahan sehingga 270 kakitangan.

Israel mengekalkan sekatan ke atas wilayah terkepung Palestin itu selama sedekad, kononnya bertujuan menghalang pergerakan Islam Hamas, yang mentadbir semenanjung itu, daripada mengembangkan keupayaan tenteranya. – AFP/BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply