Semasa

Penduduk Kampung Kimak kecewa pawang enggan belah perut buaya

Perkongsian

[IMG]
Pawang buaya, Mang Syarif

[IMG]
[IMG]
[IMG]
[IMG]
PENDUDUK kampung melihat buaya sepanjang empat meter yang ditangkap pawang Mang Syarif di padang Desa Ki.mak, baru-baru ini.

BANGKA, Kepulauan Bangka Belitung – Hasrat penduduk Desa Ki.mak, mukim Merawang di daerah ini untuk melihat isi perut seekor buaya sepanjang empat meter yang dipercayai membaham seorang penduduk kampung tidak kesampaian apabila pawang buaya hanya memotong kepala dan badan reptilia itu sahaja.

Sejurus buaya itu mati pada Rabu lalu, pawang buaya, Mang Syarif bertindak memotong kepala dan badan reptilia berkenaan tanpa membelah perutnya.

Bahagian bangkai buaya yang dipotong dua itu kemudiannya ditanam secara berasingan di tebing Sungai Lubukbunter, Desa Ki.mak.

Proses pemotongan buaya hingga penanaman bangkai itu dilakukan Mang Syarif sambil dibantu warga Desa Ki.mak.

Bagaimanapun tindakan pawang itu untuk tidak membelah perut buaya berkenaan nyata membuatkan penduduk kecewa selepas mendakwa terdapat bahagian tangan dan kaki manusia di dalam perutnya.

Buaya itu dipercayai membaham seorang penduduk kampung itu, Sangkuriang @ Siankuri @ Biel, 40, awal bulan ini.

Ketua Kampung Ki.mak, Mustofa berkata, alasan yang diberikan pawang buaya itu untuk membelah perut buaya berkenaan adalah bagi mengikut pesanan tokoh agama Desa Ki.mak, H. Ilyasak,” kata Mustofa.

Oleh kerana itu, Mang Syarif tidak mahu membelah perut reptilia berkenaan atau menunjukkan kepada penduduk isi kandungan haiwan tersebut.

“Menurut tokoh agama itu, jika dibelah perut buaya dan ditemukan anggota badan manusia, maka organ tubuh berkenaan perlu ditanam satu liang dengan jasad mangsa,” katanya,

Tambahnya, jika ini terjadi, proses itu akan bertambah rumit kerana kubur Sangkuriang perlu dibongkar semula semata-mata bagi menyatukan jasadnya dengan bahagian tubuhnya.

Sementara itu, sejurus menanam buaya berkenaan, Mang Syarif meninggalkan Desa Ki.mak untuk kembali ke kampung halamannya di Desa Bukitlayang Bakam, setelah hampir dua minggu berburu di Sungai Lubukbunter. – Tribunnews.com/Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply