Semasa

Pilot tak sihat, pesawat Saudi Airlines terpaksa mendarat

Perkongsian

[Image: image.jpg]
GAMBAR fail menunjukkan pesawat milik syarikat Saudi Arabian Airlines. -AFP

RIYADH 2 Dis. – Sebuah pesawat milik syarikat Saudi Arabian Airlines yang dalam perjalanan dari India ke Jeddah terpaksa mendarat di Pakistan selepas juruterbang pesawat itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

“Kapten (juruterbang) pesawat Airbus A330 itu terpaksa meminta pembantunya mengambil alih penerbangan itu disebabkan masalah kesihatan,” kata agensi berita Arab Saudi (SPA) yang memetik sumber daripada syarikat penerbangan itu yang dikenali sebagai Saudia.

Menurut SPA, pembantu juruterbang itu kemudian berjaya mendaratkan pesawat tersebut di Karachi dengan selamat.

“Pesawat berjaya didaratkan secara normal dan kapten pesawat itu terus dikejarkan ke hospital sebaik sahaja tiba di Pakistan,” kata sumber itu tanpa memperincikan masalah kesihatan yang dihadapi juruterbang berkenaan. -AFP/Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply