Inspirasi

Abang aku – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Abang Aku

Assalamualaikum pada pembaca setia iium confession. Hari ni aku nak cerita pasal kisah yang agak tragis berkaitan abang aku.

Cerita nya macam ni. Masa abang aku habis degree dia nekad bawa seorang perempuan untuk diperkenalkan dekat mak aku. Alhamdulillah semua nya nampak macam berjalan lancar.

Abang aku kenal perempuan ni sebab dia classmate abang aku. Entah macam mana nak dijadikan cerita diorang jadi rapat masa nak penghujung sem. Maka bermula bibit-bibit awal percintaan.

Tak lepas lama abang aku bawa perepuan tu jumpa mak aku, abang aku dapat tawaran bekerja. Alhamdulillah rezeki dia. Aku perhati yang abang aku ni memang seorang yg bersungguh. Dia berusaha siang malam kerja keras sebab hasrat dia nak memperisterikan perempuan tadi tu.

Namun tak sampai beberapa ketika, panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Segala-galanya berubah. Perempuan tersebut mula buat hal. Dia menghilangkan diri daripada abang aku. Whatsapp, mesej, call semua dia tak jawab. Tapi aku perhatikan abang aku masih seorang yg cool . Memang itulah sifat abang aku daripada dulu. Alhamdulillah abang aku ni dulu dia pernah sekolah agama, jadinya memang solat dia tak tinggal. Yang buat aku tersentuh adalah tiap kali lepas solat mesti terselit nama perempuan tersebut dalam doa dia walaupun lepas apa yang jadi. Aku kadang-kadang curi dengar apa dia doa sebab kitorang sebilik. Ada satu hari aku menangis bila terdengar apa yang abang aku ucapkan dalam doa dia.

Dari penceritaan abang aku, dia ada cakap jugak yang perempuan tu ade update status dkt laman sosial semua tu. Aikkkk! Aku pun pelik.Kau boleh update laman sosial kau, tapi bila abang aku contact kenapa kau tak balas. Sampai ada satu hari, perempuan tu ada update dekat lama sosial dia yang dia menantikan seorang lelaki, menunggu bila dia akan datang kepada ku. Bunyi ayat dia lebih kurang macam tu lah. Tapi yang pelik nya bukan nama abang aku tapi nama orang lain. Jahanam punya manusia.

Tapi aku still pelik macam mana abang aku masih boleh bersabar dengan semua tu. Kepala hotak dia lah. Kalau aku dah lama serang perempuan tu. Sekarang dah hampir masuk setahun abang aku masih lagi menunggu perempuan tu walaupun perempuan tu tak pernah nak jawab bila abang aku contact .

Ada satu masa tu abang aku pesan dekat aku, Allah tu mendengar apa yang kita doa, selagi kita berusaha dan yakin insyaAllah apa yang mustahil itu boleh berlaku dik. Aku hanya mampu mengangguk.

Sebagai seorang adik, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat abang aku. Walaupun sebenarnya agak gila jugak untuk menunggu benda yang mustahil macam tu. Aku pun lelaki, aku tahu apa perasaan abang aku. Cuma aku nak bagi tahu yg lelaki ni kalau dah bersungguh dia punya feel memang lain.

Sekarang ni aku pun tak berani nak paksa suruh dia move on daripada semua perasaan tu sebab aku takut bila dah move on, akan lagi keruhkan keadaan. Aku takut bila sekali dia dah kecewa dengan perempuan sampai bila-bila dia tak akan terima mana-mana perempuan lagi. Harap semua doakan abang aku kuat.

Johan

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply