Inspirasi

Cari duit – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cari Duit

salam semua.. confession ni hanya untuk minta pandangan dari pembaca semua.. let me start it.

Aku student di sebuah IPT utara tanah air.. bukan UUM, hehe.. Umur 19 tahun 9 bulan.. Aku intro pasal diri sikit sebab takut fikir aku ni dah tua, tapi confession macam tak matang. Huhu..

Sekarang ni aku di alam final exam yang mana berbaki lagi 2 paper, yang akan membawa aku ke alam sem 3 tahun depan. Result sem lepas, aku dapat GPA 3.39.. Aku tak tahu nak happy nak kecewa.. Cuma aku bersyukur je.. Tapi bila ada anugerah dekan aritu, buat aku rasa agak terkilan jugak.. Silapnya. aku sangkut kat satu subjek ni, C+ weh,, subjek yang aku gila benci.. Lecturer tu asyik cari salah aku.. Sampai aku rasa ah. malas doh nak belajar camni. Serius aku rasa give up.. Mula-mula awal sem tu ok, test 1 aku dapat skor 70 something.. Tapi bila ada berapa orang fail masa tu . Terpaksa repeat.. Aduh, aku rasa dah macam.. Oh damn.. Sampai lah result kedua tu keluar, aku dapat fail..Yang mana aku sorang je fail.. T.T Dari sini lah lecturer tu mula cari salah aku, cakap aku main-main.. Masa praktikal pun asyik usha aku je, padahal budak lain buat silap dia tak tegur pun T.T..

Sebenarnya, cerita dia bukan nak cerita pasal kegagalan aku.. Tapi nak cakap pasal habit/hobi aku ni . Aku ni memang rajin berbisnes kat hostel.. Sampai budak hostel, mak cik cleaner pun panggil aku bisnes woman.. HEHE (dalam hati aku aminkan je)

Cara aku berbisnes.. Aku usha-usha barang online, macam tudung, baju, kosmetik, even makanan pun pernah.. Aku screenshot gambar dari website tu then promote dekat budak-budak hostel ni.. Untung yang aku dapat paling banyak bila jual kosmetik lah, which is barang tu pre order dari china.. Memang berbaloi la.. Untung dia separuh dari modal yang aku keluarkan (RM120 gitu). Masa tu dah rasa kaya gila la, sebab pengang duit banyak-banyak. Haha.. Tapi aku bukan mata duitan, cuma happy sebab nanti aku tak payah mintak duit dari ayah aku.. ok nak cerita pasal background famili..

Ayah aku dah pencen, sekarnag tak kerja pun sebab mana larat dah, umur dah masuk 6 series, mak aku pun sama, surirumah sepenuh masa.. Kadang-kadang aku rasa tak fair, masa abang aku dulu study (Uitm) macam-macam dapat.. Dapat kereta, moto.. (padahal rumah dengan U tu dekat je) Aku ni duk jauh nun, payah nak gerak gi kedai ke..
Tapi ni bukan lah cerita pasal pilih kasih ke apa., Yelah maybe sebab dulu abang aku sorang je masuk U dulu..

Tapi aku ni ni bukan orang senang tau.. Pendapatan keluarga dalam kalangan clasmmates aku bila isi form.. Aku rasa aku paling miskin sekali,

Aku nak bawak moto sebijik yang tak guna sangat kat rumah tu pun ayah aku tak bagi Susah oh, asyik pinjam moto oranh.. Kadang-kadnag naik segan aku.. Tapi terpaksa la jugak.. Pastu bila aku nak berniaga makanan, (memang laku) bila first time jual contohnya aku jual sandwich, hari lain nak jual lagi, tapi transport takda) dan waktu kemuncaknya bila nak pos barang kat cust kan, bila aku jual barang aGku jual barang aku sendiri, (baju, skincare tak guna) Then, bila time nak pirchase online, duit dalam bank dah tak cukup, so terpaksa la aku bank in kpd akaun sendiri untuk buat transaksi kpd seller yang terlibat.. .

Eh, sorry.. Macam lari pulak dari niat nak cerita ni Sambung balik.., disebabkan aku ni nak beli moto 2nd hand, laptop, (skrg guna netbook je, tu pun ihsan orang lain bagi, tapj dah lembab sebab dah berat kot.. aku buat assignment pun guna laptop library, keyboard dia smooth, haha) Sebab hobi aku tula, aku selalu abaikan study aku, sebab watsap, messenger selalu masuk nak order tu ini..

Pastu ni part cara aku study.. Aku ni suka buat belajar last minit.. Study untuk exam je. Mungkin sebab terbawak-bawak habit ni dari sem lepas kot.. Bila aku buat macam tu untuk sem ni.. Tak berkesan ! Aku tak boleh perform sebaik dulu. Carry mark rendah ! Aku takut tak boleh hit pointer even 3.0 sem ni..

Sekarang ni tengah final pun, aku banyak habiskan masa kat phone (Survey baranh online, nanti nak mark up harga) Memang aku nak beli 2 benda tu.. Tapi sumpah aku sedih+insaf bila ingatkan amanah mak ayah aku, nak aku belajar betul-betul., tapi aku main- main je. Aku tak tau kenapa, bila start nak study.. Mood tu takda.. Aku cuba paksa, ingat mak ayah.. Tapi tak boleh.. Sampai aku bukak fb dan confess citer ni .

Bro sis. Help me to motivate myself T_T.
Tell me how to be a balanced excellent student + businesswoman.. Am i the only one yang duk pening fikir pasal cari duit ni ? Or i should stop my hobby (business) and only focus to my studies ?

budak dip

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply