Inspirasi

Jiwa kacau – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Jiwa Kacau

Assalamualaikum..
Ini adalah coretan hati aku yang terus diselubungi rasa takut, cinta dan bimbang..
Aku bukanlah seperti manusia biasa yang lain yang punya perasaan yang lurus.

Apa maksud lurus?
Maksud lurus ni macam perasaan pada jantina yang berlawanan.

Sedih?
Memang kadang-kadang aku sedih. Sedih kenapa aku ada perasaan suka dan cinta pada kaum sejenis. Berkali-kali juga aku melawan perasaan ni. Sampai pada satu tahap, aku penat dan aku biarkan perasaan tu hadir. Tipu la kalau aku cakap, aku takde rasa nak berubah melawan perasaan ni. Orang lain mungkin akan ambil mudah dan lemparkan tuduhan dan jatuhkan hukum kepada manusia macam aku. Kaum Nabi Luth la, umat akhir zaman la, pengundang bala la. Ya..ya.. aku tahu semua tu. Aku juga pernah belajar agama. Tapi macam mana lagi aku nak buang perasaan ni? Kerap kali juga aku menangis waktu menadah tangan pada Allah. Minta Allah buang perasaan ni dari hati. Berulangkali juga aku cuba untuk belajar mencintai mereka yang bertentangan jantina dengan aku.

Takut?
Tipu kalau aku cakap takde perasaan takut bila perasaan tu hadir. Kawan-kawan aku dulu selalu cakap, aku ni sweet talker. Bila bercakap je macam ada aura. Terus orang boleh suka kat aku. Yela, masalahnya kaum sejenis yang suka kat aku. Bila ada yang cuba nak rapat dengan aku, ibaratnya aku mendepa tangan dan menyambut mereka dengan pelukan. Tu ibarat jela. Takut tu mesti datang bila Allah menyapa fikiran dan perasaan aku. Sampai aku malu nak solat sebab terlalu berdosanya aku pada Tuhan pencipta alam. Aku takut hidup aku berakhir dengan Suul Khatimah. Aku takut akan masuk neraka jahanam kelak. Tapi macam mana? Bukan aku minta untuk ada perasaan ni. Ya Allah, kalaulah ada yang mengerti tentang naluri hati ni.

Kahwin?
Semua manusia ada keiinginan untuk berkahwin, termasuklah diri aku. Tapi dalam masa yang sama, aku risau andai keturunan dan zuriat aku punya naluri dan perasaan seperti aku.

Solat?
Aku masih lagi solat. Solat untuk mencegah kemungkaran. Walaupun aku solat, perasaan tu masih ada lagi. Perkara ni buat aku rasa sedikit tertekan.

Tak pernah cuba lawan ke?
Pernah. Cara yang paling berkesan setakat ni untuk aku lawan dan lupakan seketika adalah dengan menyibukkan diri. Aku jenis workaholic dan sentiasa banyak kerja di pejabat. Waktu tu aku bersyukur sangat bila perasaan tu hilang. Aku tak perlu layan perasaan ni lagi. Tapi tu pun cuma sementara je. Macam sekarang ni, aku tak berapa nak ada kerja sangat. Tup..tup.. baru-baru ni ada kawan whatsapp aku. Kawan ni tahu aku macam mana, dan dulu aku pernah juga suka kat dia. Ibarat cinta lama berputik kembali. Tu pun ibarat jela. Tapi nak tahu apa jadi pada aku? Dada aku sakit sangat, berdebar-debar rasa. Perasaan cinta+takut bercampur baur. Aku tahu dosa, aku cuba tolak. Aku cuba tak nak layankan. Dan hari ni aku gagahi diri untuk muntahkan apa yang aku rasa dalam penulisan ni. Aku tak percaya pada manusia nyata untuk luahkan perasaan dan kemelut dalam diri ni. Sebab tu aku ambil keputusan untuk tulis disini supaya ada yang dapat bantu aku sama ada melontarkan pandangan dan nasihat yang berkesan untuk aku melawan perasaan ni.
Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari sifat hamba yang kekurangan. Mohon jasa baik admin untuk publishkan coretan ni dan didahului dengan jutaan terima kasih kerana cuba membantu aku dengan cara begini, supaya ramai pembaca dapat bantu bagi pendapat dan nasihat untuk aku berubah.

Kacang

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply