Inspirasi

Keberkatan rezeki – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Keberkatan Rezeki

Salam, sejak dua menjak ni aku tengok rajin pulak page ni publish confession pasal PTPTN. Aku yang penerima biasiswa JPA ni teringin nak confess juga.

Rasanya semua dah tahu yang duit biasiswa ni lagi banyak dari PTPTN tapi kenapa macam takde orang persoalkan kemana perginya duit yang kitorang terima tu? Sebenarnya bab boros dan culture shock terima duit banyak-banyak tu terjadi dekat kitorang juga dan salah seorangnya ialah aku.

Aku ni jenis gila gadget dan gila photography. Duit JPA aku memang habis beli gadget, camera, lens.. Gila bila aku kira-kira balik dekat 10k juga aku habis kan untuk beli camera + lens. Aku salah seorang student yang tak sedar diri mungkin sebab bapak aku memang bank in RM300 setiap bulan so aku tak fikir sangat pasal tak cukup duit nak makan.

Bab study pulak aku memang jenis malas study tapi otak jenis pandai kot sebab setiap sem tetap Deanlist. Sebab minat bab photography ni aku sampai ikut sifu-sifu photography ke Thailand just untuk buat photojournalism. Duit mana aku pakai? Duit JPA + duit bapak aku bagi lah. Bukan budak PTPTN je tak sedar diri, budak JPA pon sama je. Member aku dapat JPA juga tapi dia jenis suka travel so duit dia habis kat situ je.

Lepas grad aku susah gila nak dapat kerja walau pointer aku tinggi. Aku fikir juga mana salah aku? Pointer aku tinggi, aku aktif aktiviti University.. Suatu hari aku ada terbaca pasal keberkatan dalam hidup baru lah aku sedar yang aku selama ni kufur nikmat. Mungkin sebab tu rezeki susah nak lekat.

Kira 2 tahun juga aku cari kerja tak dapat-dapat. Akhir nya aku dapat juga kerja tapi gaji memang sikit dan tak sepadan dengan kelulusan aku. Aku anggap ni adalah balasan kepada nikmat yang aku sia-siakan dulu. Kalau dulu aku memang gila gadget tapi sekarang ni aku dah tak kisah langsung. Baru lah aku tahu nilai duit dan bertapa payahnya nak dapat duit. Alhamdulillah walau gaji kecik aku masih mampu menyimpan setiap bulan dan aku bagi balik duit kat bapak aku setiap bulan macam mana yang dia bagi aku dulu.

Kadang-kadang aku terfikir juga macam mana aku boleh survive kat KL dengan gaji yang kecik ni. Mungkin kali ni keberkatan tu ada, rezeki tak putus dan aku setakat ni tak pernah tak cukup makan pakai semua. Aku pon sihat walafiat je.

Nasihat aku kat student yang dapat PTPTN ke JPA ke MARA ke nak enjoy duit tu boleh tapi bersedia lah menghadapi masa depan takut jadi kufur nikmat macam aku. Bagi yang dah makan duit PTPTN tu dan dah dapat gaji besar jangan lupa bayar balik ye pinjaman tu. Keberkatan ni bukan takat kat duit je, kesihatan dan kebahagian pon bergantung pada keberkatan juga. Takut tiba-tiba Allah tarik nikmat kedua-dua tu.

Budak JPA

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply