Inspirasi

Kerna ego, aku menyesal seumur hidup – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kerna Ego, Aku Menyesal Seumur Hidup

Assalamualaikum wbt semua followers IIUMC. Thanks admin approve confession ni. Aku sebenarnya nak cerita tentang dendam yang akhirnya menyebabkan aku menyesal seumur hidup aku. Saat dan ketika aku taip confession ni, aku still lagi dibelenggu dengan penyesalan yang aku pun tak tahu sampai bila

Aku ada seorang cousin yang aku sangat-sangat rapat masa kecik since aku suka balik kampung time cuti sekolah. Even parents dan adik beradik yang lain tak ikut aku balik pun aku tak kisah sebab aku memang suka balik kampung. Cousin aku ni pula, dia dok dekat dengan rumah atok, so setiap kali aku datang dia pun akan join duduk rumah atok sekali. Since then, kitorang memang sangat rapat. Selalu kitorang buat onar peningkan kepala atok. Buat benda merepek meraban pun ye juga. Pernah sekali time puasa, entah buang tebiat apa time tu kitorang lumba siapa makan paling banyak. Bayangkan time sahur makan bertambah-tambah gaya macam bela saka (budak sekolah rendah mana makan banyak sangat kan lagi-lagi time sahur?). Dah lah atok aku tak pernak masak banyak-banyak time sahur. End up mak cik aku yang bangun sahur lambat, terpaksa sahur dengan air milo je sebab semua lauk kitorang dah habiskan semua. Menyesal tak sudah kitorang lepastu. Nak dipendekkan cerita, kitorang memang kamcing dari kecik sampai lah ke besar.

Sampailah satu masa cousin aku ni buat hal. Hal yang sangat besar yang memalukan aku dan menjatuhkan air muka keluarga. Aku macam tak percaya sebenarnya masa mula-mula dapat call dari mak cik aku, cerita apa yang jadi. Mak cik aku call aku sebab apa yang jadi ni melibatkan cousin aku dengan kawan aku. Sumpah time tu aku rasa macam nak maki sumpah seranah segala. Dengan tak tahu nak letak muka kat mana. Tambah-tambah, kawan-kawan aku yang lain pun tahu pasal benda yang jadi ni sebab kawan aku yang terlibat tu dah cerita kat kawan-kawan yang lain. Malu, serius malu yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi melibatkan maruah keluarga. Kalau tak fikirkan perasaan atok dengan mak cik aku, memang aku dah mengamuk dah kat dua-dua. Mana tak nya, mak cik aku salahkan kawan aku, kawan-kawan aku yang lain salahkan cousin aku. Habis yang aku kat tengah-tengah ni, tak ke naik gila? Tapi, sebab aku tak nak keruhkan lagi keadaan, aku cuba bertahan.

Benda yang jadi ni kira sangat P&C dalam kalangan keluarga aku. Cuma aku, makcik, pakcik (bukan parents cousin aku) dan atok je tahu. Parents cousin aku sendiri tak tahu menahu pasal benda ni. Atok aku pula, awal-awal dah warning jangan sekali-kali cerita pasal benda ni kat family yang lain, especially mak aku (since mak aku rapat dengan cousin aku). Aku memang sebal gila time tu, sedih nak nangis tapi tak tahu nak cerita kat siapa. Nak mengadu kat family, atok tak bagi cerita, kat kawan nama dah busuk. Sampai satu tahap aku hampir nak kemurungan. Nangis termenung tu macam dah jadi rutin. Bayangkan perasaan aku time tu macam mana. And yes, aku end up jadi pendendam. Start dari situ aku benci, ya benci sangat kat cousin aku.

Aku tak boleh nak maafkan apa yang dah cousin dan kawan aku buat. Balik kampung, aku memang paling elak jumpa cousin aku. Nak berselisih pandang pun aku tak sanggup. Bertegur sapa memang jauh panggang dari api. Kalau dia tegur aku cuma balas gitu-gitu je, tak lah rancak macam sebelum ni. Cuma kalau depan family, aku akan berlakon sehabis baik, tak lah nampak ketara sangat since no one knows kan. Cousin aku ni sebenarnya alim lah juga orangnya. Dulu aku memang sangat respek dengan dia bab-bab ilmu agama. Tapi since kejadian tu, asal dia tunjuk islamik ke tak pun orang puji kealiman dia ke, aku akan anggap semua tu adalah fake. Pantang dia tunjuk baik, dalam hati mesti dah mengejek sambal bibir dah tersungging senyum sinis. Hahaha.

Tapi lama-lama aku dah tak boleh nak tahan tengok dia berlagak alim. Kemuncaknya bila kitorang pergi bercuti sama-sama satu family. Dalam kepala aku memang tak boleh padam perkataan fake tu. Setiap kali kalau dia buat baik atau tunjuk alim, otomatik aku cop dia fake. Kira memang semua benda baik yang dia buat, memang ada je tak kena kat mata aku. Serius tak tahan tengok kefakean dia tuh. Aku pernah juga nekad nak cerita kat mak aku sebab rasa dah tak tahan nak pendam lama-lama (bertahun-tahun juga lah aku pendam). Berperang dengan diri sendiri antara janji dengan atok dan rasa tak tahan nak pendam lama-lama. At last aku kalah juga dengan godaan syaitonnirrojim.

Aku end up cerita semuanya kat adik aku apa yang aku pendam selama ni. Adik aku pun terkejut dengan cerita aku. Tapi kitorang sebulat suara pakat tak nak cerita kat mak aku sebab fikirkan mak aku agak rapat dengan dia. Tak nak lah mak aku kecewa dengan perangai anak sedara dia. Tak lama lepas aku luahkan segala yang terbuku kat adik aku, benda yang paling tak aku sangka jadi. Yang buatkan sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila aku menyesal. Dan yang pastinya masa tak akan dapat diundurkan lagi. Tak lama lepas tu, aku dapat berita yang sangat-sangat mengejutkan. Berita kematian cousin aku. Ya, cousin aku meninggal dunia dalam usia yang sangat-sangat muda.

Ralat sangat-sangat sebab sepanjang dia hidup, aku tak pernah bagi peluang untuk maafkan dia seikhlasnya. Ralat sangat sebab aku tak mampu jaga aib dia padahal itu amanah yang paling besar walaupun berat. Bila aku tengok wajahnya untuk kali terakhir, tenang, bercahaya dan tersenyum seperti selalu dia tersenyum ketika bergambar, aku yakin dia sempat bertaubat nasuha sebelum dia pergi. Melihat kembali di akhir-akhir hidupnya banyak yang baik dan indah yang jadi, baru aku tahu, yang selama ni aku anggap fake tu rupanya sedang berhijrah menjadi yang soleh. Sebelum dikafankan, berpusu-pusu kawan-kawannya datang memandikan dan menyembahyangkannya, baru aku sedar jenazah yang ada didepanku itu merupakan insan yang sangat hebat yang disanjung di kalangan rakan-rakannya, sedang aku ketika itu bersama ego menidakkan kemaafan buatnya. Allah, sedihnya. Sedihnya dia yang dulu akrab denganku, bertukar menjadi musuh dan tanpa sempat aku hulurkan kemaafan seikhlasnya, dia dijemput kembali kepada penciptaNya. Paling sedih, dia pergi sewaktu ulangtahun kelahiranku, seperti cuba menyampaikan maksud tertentu yang pasti tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Ya Allah, petunjuk apakah ini?

Sebelum dikafankan, sempat aku titipkan doa dan kemaafan seikhlasnya walaupun terlambat. Harapanku agar perjalanan rohnya tenang dengan kemaafan ini. Tapi, seikhlas manapun kemaafan yang aku beri takkan dapat membayar kembali masa-masa yang aku habiskan kerana membenci dia. Dan pastinya, dek kerana keegoanku, kini aku menanggung segunung penyesalan yang tak pasti sampai bila. Yang paling pasti, sampai sekarang setiap kali menyebut namanya, atau teringatkannya pasti air mata penyesalan akan bergenang. Terima kasih cousinku atas pengajaran yang cukup besar ini. Tenanglah kau di sana dan semoga kau bersama para solihin.

Maafkan aku yang ego

*kalau tahu siapa aku, tak perlu mention @ tag dsb. ambil lah apa yang perlu sebagai pengajaran kita bersama

Manusia ego

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply