Semasa

2 mayat ditemui bersama ‘hujan duit’ jadi misteri

Perkongsian

[IMG]
[IMG]

CHINA – Dua mayat ditemui di sebuah blok kediaman di Guangzhou, Selatan China pada Jumaat pagi bersama dengan taburan wang tunai di kawasan tersebut.

Mayat seorang lelaki ditemui di tingkat paling bawah manakala mayat perempuan ditemui di tingkat lapan blok tersebut.

Pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kematian dan wang tunai yang ditemui itu mempunyai kaitan.

Menurut penduduk, mereka terdengar pertengkaran di sebuah unit di tingkat berkenaan sekitar waktu subuh, demikian menurut laporan South China Morning Post.

Pertengkaran tersebut berterusan sehingga ke tangga dan seorang pencuci berkata, lelaki berkenaan telah melompat daripada bangunan sekitar jam 7.25 pagi.

Para pengawal keselamatan yang mengutip wang tunai yang jatuh itu berkata, jumlahnya adalah ratusan ribu yuan dan diisi dalam tiga beg plastik besar.

Banyak wang tunai yang ditemui di sekitar kawasan tangga dan di luar, kata laporan tersebut.

Bagaimanapun, tiada seorang pun penghuni yang mengambil wang berkenaan kerana mereka bimbang sekiranya ia mempunyai roh jahat yang akan membawa nasib buruk.- The Straits Times/MG

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply