Inspirasi

9 sahabat – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

9 Sahabat

Aku, berusia 22 tahun dan masih menuntut ilmu di salah sebuah IPTA, Tahun 3. Tahun yang sangat banyak cabaran. Aku pula anak tunggal, yang cuma ada keluarga dengan sahabat-sahabat. Keluarga pun tidaklah besar mana pun. Air mata ini tak perlu cakap, dah seperti peneman hidup. Ada saja perkara yang tak kena, tapi apa pun yang aku nak cerita tu bukan pasal keluarga, ini pasal sahabat-sahabat aku.

Zaman sekolah dulu pun tak ramai kawan, target aku cuma nak cari sahabat tapi punyalah susah. Yelah, sebab nak cari sahabat itu bukan mudah. Kalau ada kawan rapat pun, mesti tak lama punyalah. Sampailah satu masa yang Allah tetapkan, kawan yang dah lama kenal, tiba-tiba boleh jadi rapat. Masa kejadian itu pun Tingkatan 3, nak dekat Percubaan PMR. Itulah mulanya aku mengenali apa itu erti bersahabat. Bergaduh banyak kali juga, dan mula daripada situlah aku jumpa sahabat-sahabat aku yang lain apabila naik TIngkatan 4, 5 sampailah STPM. Maklumlah, ada sebab kenapa aku pilih untuk meneruskan pengajian di peringkat STPM.

Ada salah seorang sahabat, yang juga lama dikenali turut berada dalam pengajian STPM. Kiranya sahabat yang inilah yang selalu bergaduh, walaupun hanya perkara kecil. Ada saja yang dia cuba lakukan untuk memastikan aku mengutamakan dia daripada sahabat-sahabat yang lain. Biasalah, bagi aku itu perkara normal. Sampailah sekarang, masih berhubungan melalui Whatsapp, Instagram. Cuma aku dah lama tak berjumpa dengan dia. Maklumlah, masing-masing belajar di tempat yang berlainan. Bukan dia seorang, sahabat-sahabat aku yang lain pun sama, semua di tempat yang berlainan. Merata-rata, ada yang di Perak, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan.

Sampai satu masa, Allah pertemukan aku dengan tiga orang sahabat di peringkat universiti, sama umur cuma dua orang berlainan kursus pengajian. Aku sangat bersyukur, Alhamdulillah akhirnya jumpa juga sahabat kat alam universiti. Kemudian, sahabat aku yang aku ceritakan sebelum ini, mula menunjukkan rasa cemburu kerana katanya, aku lebihkan mereka daripada dirinya. Bila dia minta untuk berjumpa, ada saja alasan dari mulut aku. Aku pula fikir, aku masih mengingati dia seperti sahabat-sahabat aku yang lain dan tidak berniat pun untuk adakan alasan atau sebaliknya.

Allahu, perkara ini semakin berlarutan jika dia terlihat post-post yang dimuatnaik ke Instagram. Katanya, aku mampu meluangkan masa dengan yang lain, sedangkan dengan dia tidak. Aku sendiri tak mampu memujuk dia. Walhal, sahabat-sahabat aku yang ada dalam gambar tersebut, belajar di tempat yang sama. Boleh dikatakan ada rezeki berjumpa selalu kerana satu fakulti. Sahabat aku seorang ini, bila dengar nama sahabat aku yang selalu bersama ini, dia akan terus bengang, merajuk. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Bukan aku tak mahu jumpa, cuma aku tidak mampu ke tempat pengajian yang terletak di Utara Selangor. Kalau ikutkan hati, hendak saja aku jelajah ke semua tempat sahabat-sahabat aku cuma aku tidak berkemampuan lagi.

Entahlah, aku selalu berterus-terang, kalau dia tanya aku dengan siapa. Bagi aku, itu tak jadi masalah. Tapi bila dia dengar saja aku dengan orang lain, perbualan yang elok jadi berangin dan berombak. Sedangkan sahabat-sahabat aku yang lain tidak pula begitu. Jadi bingung aku dibuatnya, sebab yang keluar dari ucapan dia hah! untunglah dapat habiskan masa dengan orang tu, dengan aku tak mahu pula siapalah aku ni, aku ni sahabat kau ke apa. Itulah yang selalu diucapkan. Hurmm Selalupun dia keluar dengan sahabat-sahabat dia yang lain pun, aku biasa saja. Dan satu perkara lagi, disebabkan dia bersikap begitu, sahabat-sahabat aku yang lain memilih untuk memuatnaik gambar dalam Instagram untuk menunjukkan kami menghabiskan masa bersama. Maaflah, bukan bermaksud untuk menyakiti hati kau.

Yang paling penting aku nak beritahu, apa pun sekali keadaan yang berlaku, jauhnya jarak, tempoh masa berkenalan, kerapnya berjumpa atau selalu berhubungan melalui media sosial itu tidaklah penting, yang penting kita selalu ingat-mengingati, selalu ada dalam doa, itupun dah cukup. Jangan disebabkan perkara yang kecil, rosak persahabatan yang terjalin dengan nikmat yang Allah beri. Sembilan orang sahabat aku, semua aku sayang yang teramat sangat. Kalau tak sayang, lama dah aku tinggal, tak payah tunggu sakit ke apa, masa kau sihat pun aku buat tidak endah. Jadi, sesiapa yang ada sahabat, tidak kira ramai atau sikit, jagalah sahabat itu, kerana sekali ia datang dan tidak dijaga, dia akan pergi.

Cuma manusia, lumrahnya akan tersedar pentingnya sesuatu perkara apabila perkara tersebut telah hilang atau pergi buat selamanya. Hargai anugerah Allah. Semua perkara mampu diselesaikan, in shaa ALLAH. Tanda seorang manusia kasih kepada yang lain dengan mengambil berat, terutamanya pada waktu kesusahan atau sakit. Namun, lain orang lain caranya.

BUAT SAHABAT-SAHABATKU.

Cahaya UM

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply