Inspirasi

Ayah ku bukan lagi ayah ku yang dulu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Ayah ku Bukan Lagi Ayah ku Yang Dulu

Hi salam everyone, aku nak share story pasal ayah aku. Yes, ayah kandung. Ayah ni cikgu, cikgu sekolah menengah. Dia ni good looking juga la sebab ada chinese look so student perempuan ramai la yang rapat dengan dia. So, nak jadikan cerita, past two years dia ada kenal rapat dengan sorang student form 2 ni (sekarang dah form 4). Her name is Basirah. Sejak dia kenal Basirah, dia jadi lupa dengan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah. Dia rasa tanggungjawab dia sebagai ayah tu cukup dengan memberikan kami adik-beradik duit belanja harian.

Aku dulu jarang ada kat rumah sebab still study dekat u. Tapi past few months, dah habis (tunggu convo). Sebelum ni, mak la yang banyak cerita pasal ayah (through phone calls) so aku tak nampak dengan mata aku apa yg berlaku di rumah. Dia memang lupa tanggungjawab dia. Beras habis pun dia tak nak beli, gas masak habis pun dia tak nak kisah, mak aku sesat kat town pun dia buat bodoh (mak ada call dia, tapi dia tak jawab) aku witness semua ni. aku jadi sedih, kenapa dia jadi macam ni? dulu dia baik. even i adored him a lot before.

Hal Basirah tu, mak ada call parents Basirah. mak bagitau pasal ayah dengan Basirah tp dorang tak percaya. Demi Allah, mak aku bercakap benar. Rapat macam orang bercinta. Ayah aku tak lekang tangan dari phone, nakcuci kereta pun dia bagitau Basirah tu dulu, depan tv, depan anak-anak pun dia asyik main phone, facebook jangan cakap lah, dia tak pernah add kami. (aku ada 2 beradik, aku dgn abang). pergi surau depan rumah pun bawak phone! Kalau student dia call, suara dia manis je. Lembut. Tapi dengan kami, kasar. Jerkah, maki tu semua aku dah hadap. Suara dia tetiba jadi manis kalau student dia call, dengan kami, memang takde la nak cakap macam tu.

Orang tak tahu hal ni, sebab dia selalu tunjuk depan orang yang dia tu baik. Dengan kami je dia layan macam orang luar. Like he hates us so much. Aku sedih sebab he wasnt like this before. Dia still ingat tanggungjawab dia dulu pada kami. bila aku call dia (emergency), dia akan jawab ha, nak apa?. that is his first word bila dia jawab call kami. awak rasa? tak rasa macam kau ni dah ganggu life dia ke? whilst that is not supposed you feel as a daughter.

Aku jealous tengok classmates aku semua ada ayah yang baik. selalu jaga family dorang. and i can see their happiness through their faces. I dont have any. Aku kena fake aku ni happy sebab aku rasa doom kalau orang tahu aku ada masalah macam ni. ayah aku pernah janji dengan aku takkan rapat dah dengan basirah tu tapi dia mungkir janji dia. when the thing gets worst, i have no one to tell. nak bagitau bestfriend, shes busy with her studies. seriously, i cry everynight doa kat Allah untuk ringankan beban perasaan ni. sakit hati, sedih, kecewa semua ada.

Dia buat mak aku macam hamba, dia panggil mak aku celaka. Masa mak aku nak pergi somewhere in taiping, mak aku sesat. mak aku call dia tapi dia tak jawab. Padahal dia ada kat rumah main facebook. Dia benci ke dengan kami? 3 kali aku pindah bilik tahun ni tapi sekali pun dia tak datang lawat aku even masa tu aku exam pun dia tak tahu. aku ambil subjek apa pun dia tak tahu. aku dah habis study pun dia tak tahu! kau sebagai anak apa perasaan kau kalau ayah kau tak ambil berat macam ni? in return dia expect kau masa dia dah tua dah pencen nanti untuk selalu lawat dia, rajin hulur duit kat dia? joke ke apa? kau layan anak kau macam sampah, kau expect anak kau nak layan kau macam mutiara ke?

Maybe its not too rude to admit, yang aku benci ayah aku sendiri. I wish i was bornt in some other else family. So that aku tak rasa macam ni dengan ayah sendiri. Aku tak nak benci dia, tapi apa dia buat pada mak, pada aku, pada abang, buat aku rasa benci pada dia dan aku tak menyesal pun kalau dia mati. cuma aku nak dia bertaubat sebelum masa dia sampai. Dia pergi surau hari-hari, dia rasa iman dia lagi hebat dari orang lain. Silap besar. sbb dia abaikan tanggungjawab dia. mari aku heret sama masuk neraka.

aku share ni sebab aku nak ada orang nasihat aku. sebab aku tak pernah buka cerita keluarga aku pada orang. Aku terima semua orang yang nasihat aku sebab aku sangat perlukan nasihat sekarang. perangai ayah aku ni buat aku fobia nak fikir pasal kahwin. sebab aku takut aku end up dapat suami macam ayah aku. biarlah aku stay single jaga mak aku.

semoga kita menjadi anak yang baik kepada orang tua kita. assalamualaikum.

Bella Aziz

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply