Inspirasi

Cikgu bertanduk – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cikgu Bertanduk

Kesahnya, masa aku kecik kecik dulu, mak aku ni ada jaga anak sedara dia, lelaki. Sampai lah laki tu dah nak kawen pun masih mak aku yang jaga lah. Aku pun sampai sekarang tak berapa nak pasti lagi kenapa mak aku yang jaga dia.

Ok, mamat ni dulu belajar tinggi tinggi, sekarang dah cikgu! Yang aku nak cerita kat sini, mamat ni setan.

Zaman kecik aku tak macam orang lain. Hidup aku hancur bila ada mamat ni kat rumah. Masa mamat ni study Uni, aku sekolah rendah lagi. Beza kami lebih kurang 10tahun. Jadi, dia ni belajar jauh kiranya jarang balik lah.

Yang aku nak cerita kenapa dia ni setan sebab tiap kali dia balik rumah, malam malam dia masuk bilik aku dia buat benda tak senonoh kat aku! Dan dia akan pastikan rumah semua dah gelap, orang semua dah tidur, dia masuk bilik aku diam diam.

Dulu family susah. Pintu rosak teruk sampai nak tutup pun tak lepas. Nak tukar baru mana ada duit. Tapi aku tahan lah pintu tu dengan benda berat. Halang pintu tu supaya dia takleh masuk. Tapi silap lah, kalau dah setan tu, memang setan jugak.

Tapi bukan tu je. Tiap kali aku mandi mesti dia skodeng. Siap record! Sampai tahap aku rela tak mandi dari kena skodeng. Adik aku sorang je tau mende ni dan dia percaya semua cerita aku. Kalau nak mandi, adik aku tolong jaga. Dia duk dalam tandas dan aku mandi sebelah.

Bukan aku tak cuba bagitau mak aku. Aku dah cakap, dah cerita semua apa mamat tu buat. Mak aku tak caye. So aku diam lah. Kat situ aku dah dapat rasa, anak sedara dia lagi penting dari anak sendiri. So, dari hari tu, aku kena pandai jaga diri sendiri.

Kes ni pulak dia dah kawen dan dah ada anak dua orang. Aku tengah mandi. Aku taktau dia balik rumah. Anak bini dia ada sekali lah. Aku kan dah kena banyak kali jadi tiap kali nak mandi nak berak ke, aku mesti tengok keliling takut ada mata mata. Sekali tuppp!!! Memang ada mata setan tu!

Aku cepat cepat tau keluar tak sempat mandi pun. Aku menjerit masatu sebab terkejut. Mak datang tanya kenapa blabla. Aku cerita. Mak cakap shh diam diam je, nanti kak *** taknak datang sini dah. What????? Aku nak cakap apa kalau dah mak sendiri cakap macam tu?

Aku pun hadap sendiri lah masalah aku. Aku kena sentiasa berhati hati supaya aku tak kena lagi. Aku takan biar setan tu buat macam macam lagi dah sampai sekarang. Dan aku ulang lagi sekali ye, setan tu cikgu!

Sekarang aku dah kawen, aku pun dah tak duduk rumah tu lagi. Jadi untuk perempuan luar sana yang pernah terkena macam aku ni lepastu takde orang percaya kau, jangan give up! Berdepan lah setiap apa jua masalah, supaya kau boleh hidup bahagia akan datang.

Takde hal lah cerita aku tak best dan korang tak suka sekali pun, aku pun malas nak tulis panjang. Cumanya kat sini korang kena tau, tak kira la zaman sekarang ni cikgu ke apa ke tetap kena berhati hati. Tak semua orang baik eh. Salam.

sis tabah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply