Semasa

Disamun, ahli perniagaan lepaskan 4 tembakan pertahan diri

Perkongsian

[IMG]

Gombak: Ahli perniagaan terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi elak disamun di Medan Batu Caves, 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia 59 tahun berjalan seorang diri dari kereta menuju ke kedai makan berdekatan lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan barang elektrik itu kemudiannya didatangi lelaki tempatan berusia 30an yang berpura-pura menanyakan alamat sebelum mengacu pisau ke arahnya.

“Suspek juga cuba merampas beg kecil yang dibawa mangsa dan akibatnya, mangsa terjatuh ke lantai dan pistol serta telefon bimbit miliknya yang disimpan di dalam beg berkenaan turut terkeluar.

“Kemudiannya, mangsa melepaskan satu das tembakan ke udara dan suspek melarikan diri ke arah Proton Wira sebelum berpatah balik ke arahnya dengan mengacu pisau. Mangsa terpaksa melepaskan tiga das tembakan lagi bagi mempertahankan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, suspek meninggalkan mangsa namun dalam kesempatan itu, dia sempat melarikan telefon bimbit mangsa.

“Mangsa tidak pasti sama ada tiga tembakan terakhir itu mengenai suspek namun dia berjaya menyelamatkan wang tunai yang disimpan di dalam dompet.

“Susulan dari kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Caves untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ali berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply