Inspirasi

Dos dan donts di musim kenduri – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Dos & Donts Di Musim Kenduri

Assalamualaikum wrt

Sempena nak cuti sekolah ni, banyak la undangan kenduri kahwin. Aku suka pergi sebab boleh jumpa saudara mara dan kawan2 lama yg jarang2 nak bersua muka. Satu lagi, aku suka tengok gelagat tetamu dan tuan rumah yg berusaha melayan tetamu. Ada pernah satu kenduri tu, habis je rombongan hantar pengantin, yang rombongan pengantin ni pergi serbu makanan macam pemain2 ragbi serbu bola ragbi nan sebijik. Ada jugak yg tak nampak2 muka pengantin sampai ke petang, rupanya sibuk dok photoshoot. Ada jugak tuan rumah punya slow nak mencebuk makanan, jimat punya pasal tetamu terpaksa share sepotong tembikai dengan 6 orang tetamu. Padahal pelamin punya gah macam anak raja. Hahahamacam2. Ni aku nak pesan beberapa benda untuk peringatan bersama:

1. Niat buat kenduri nak iklan yg pasangan ni dah berkahwin dan nak sedekah bagi orang makan. Jadi jangan berkira sangat bab makan, inshaAllah Allah akan cukupkan untuk tetamu dan mudahkan.

2. Pengantin berjumpa lah dan raikan tetamu. Orang datang jauh2 nak berjumpa tuan badan. Kalau rasa nak photoshoot, buatlah esok ke atau bila tetamu dah takde, kamu nak bergambar bergolek atas katil ke, nak main cikucak kat tepi laut ke takde orang kisah dah.

3. Tetamu nak makan, ambil sekadarnya, jangan lah penuh dan banyak walaupun tuan rumah cakap jangan malu2 ye, jemput makan tau. Elok kalau ada kelapa kering, kau tabur ala2 macam snow, dah macam gunung everest aku tengok makanan dalam pinggan kau tu.

4. Bila jumpa makanan, jangan lupa baca bismillah, dah habis makan baca alhamdulillah. Kalau dah sedap duk suap, alih2 teringat belum baca doa, kau baca bismillahi awwalahu wa akhirahu. Sure syaitan terpaksa muntahkan isi perutnya yg dia gigih makan tadi. Sesungguhnya syaitan merebut makanan yg tidak disebut nama Allah. carilah hadis2 pasal ni, ni aku bagi klu je.

5. Tak sedap macam mana pun, jangan cela makanan dan kutuk tuan rumah. Kalau tak suka, tinggalkan, tak payah ambil atau makan. Makan apa yg ada dan apa yg dihidang. Jangan kau sebut2 pulak, ni kenduri si A dulu dia hidang kambing golek perghhhhh , sedas kau bagi kat muka tuan rumah . Tak beragak kau.

6. Kalau kau bawak tetamu lain, padahal dia tak dijemput, wajib kau bagitau tuan rumah yg kau bawa orang lain. Kalau tuan rumah tak izinkan, tetamu yg tak dijemput tu balik je lah, tak payah kecik2 hati buat muka seposen. Sunnah gitu.

7. Kalau nampak tetamu lain tak sopan cara makan, kau tegur terus. Tu lah cara Nabi Muhammad saw.

8. Kalau kau nak ambil lebih makanan, kau tanya tuan rumah dulu. Kau ingat jugak ada tetamu lain lagi yg belum datang. Of course lah tuan rumah dah kira bajet tetamu dia berapa. Ni biasa makcik2 kepoh buat ni, tengok tuan rumah sibuk kat depan melayan tetamu, dia sibuk cebok makanan masuk plastik.

9. Walaupun kau tuan rumah kau tahu tinggal sikit makanan, kau layan dan ajak je tetamu makan. Jangan buat macam nak halau.

10. Sunnah tuan rumah, dia orang terakhir makan dan minum. Kau tuan rumah patut kau happy tetamu datang makan. InshaAllah Allah bagi kau kenyang punya. Dont worry be happy.

Aku rasa cukup dulu. Adab2 ni kena ajar dari budak2 lagi, bila dah jadi orang tua, kau nak pesan, dia dah keras bedal susah nak lentur dah. Rasa nak je ambil batang kayu ketuk sikit belakang pakcik makcik tu bagi sedar. Hahaha. Aku minta maaf salah silap ye, selamat berwalimatul urus dan mengambil berkah darinya.

-Bekas pengantin-

Wan

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply