Semasa

Isteri dan kekasihnya warga Nepal bersubahat bunuh suami sendiri

Perkongsian

[IMG]
Barang kes, termasuk tukul besi yang dipercayai digunakan untuk membunuh seorang lelaki di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang, Jumaat lalu. – Foto Ihsan PDRM

Teluk Intan: Seorang isteri bersekongkol dengan kekasihnya, warga Nepal, untuk membunuh suaminya di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang sendiri di Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh, untuk membuat laporan.

Katanya, wanita berkenaan menyatakan suaminya, seorang pemandu lori ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 40-an itu maut dipukul menggunakan objek tumpul dipercayai tukul besi di belakang kepala,” kata Wan Hassan dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selepas siasatan, Wan Hassan berkata pihak polis menahan wanita berkenaan pada hari kejadian.

Teman lelakinya serta abang wanita itu yang berusia 31 tahun, ditahan keesokannya.

“Ketika soal siasat, kedua-dua suspek membuat pengakuan membunuh mangsa dan kita turut menemui barang kes pembunuhan itu.

“Motif pembunuhan dipercayai disebabkan percintaan tiga segi antara isteri mangsa dengan lelaki Nepal itu,” katanya yang percaya kes berkenaan sudah berjaya diselesaikan.

Menurutnya, semua suspek berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Hassan turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu agar menghubungi balai polis di talian 05-6299222 untuk membantu siasatan. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply