Semasa

Kos berkhatan makin mahal cecah RM200 seorang

Perkongsian

[IMG]
Peserta khatan seronok ketika disiram air oleh anggota bomba.

TANJUNG TOKONG – Kos berkhatan di klinik swasta naik saban tahun dan makin mahal sehingga cajnya ada yang mencecah RM200 seorang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, jika dibandingkan pada 10 tahun lalu, harga berkhatan di klinik swasta adalah di antara lingkungan RM50 hingga ke RM60 sahaja.

“Mungkin klinik kesihatan kerajaan murah sedikit, namun tidak dinafikan rata-rata ibu bapa memilih klinik swasta untuk mengkhatankan anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Khatan Perdana anjuran KRT Tanjung Tokong dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Tanjung Tokong di Flat Uda Tanjung Tokong di sini.

Seramai 30 kanak-kanak turut serta melalui program berkenaan.

Selain dibawa menggunakan kereta pacuan empat roda mengelilingi Tanjung Tokong, kesemuanya turut disiram menggunakan air dibantu anggota bomba.

Mohd Asrul berkata, program kali kedua itu diadakan bagi membantu ibu-bapa mengurangkan kos perbelanjaan.

“Melalui program sedemikian ia turut membantu golongan kurang berkemampuan. Tambahan lagi ibu-bapa perlu memikirkan kos perbelanjaan sekolah anak-anak pula bermula tahun hadapan.

“Kami berbangga mengadakan program ini kerana ia sememangnya membantu ramai keluarga selain kanak-kanak ini turut berseronok,” katanya. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply