Inspirasi

Nak tegur, tapi risau terasa – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nak Tegur, Tapi Risau Terasa

Assalamualaikum semua.

Saya perempuan, berusia 20-an. Saya ada seorang sahabat baik yang juga perempuan, saya gelarkan dia A je la ya.

Begini, saya seorang perempuan yang bukanlah lahir dari keluarga yang kaya-raya atau berada. Saya dilahirkan dalam keluarga yang cukup apa adanya. Maksudnya tak susah, dan tak mewah. Tetapi, keluarga sebelah Mak saya, adalah keluarga yang berada. Adik-beradik Mak saya semuanya boleh dikatakan hidup berprotokol. Makan, mandi, tidur, berbual, duduk etc semua berprotokol! Boleh dikatakan setiap perkara harian yang mereka buat, mesti ada cara dia. Tapi tak kisah la, itu cara mereka. Dan alhamduillah, mak saya tak terikut dengan cara adik beradik dia sebabnya abah saya pun seorang yang biasa-biasa je.

Cumanya, dari saya kecil hinggalah saya besar panjang sekarang, mak saya sangat menitik beratkan tentang manners, sopan-santun, tingkah-laku. Lagi-lagi saya seorang perempuan. Jadinya, dari saya lahir, saya dah di ajar untuk tak ketawa kuat-kuat. Kalau bercakap tu, ada tone suara yang berbeza, kalau marah lain, kalau gembira lain, kalau berborak kosong lain. Kalau nak makan tu, kena tutup mulut, tak boleh makan berbunyi. Kalau makan pakai sudu, tak boleh berbunyi. Kalau nak kentut, kena pergi bilik air atau tempat yang takde orang. Ada la lagi beberapa. Saya taknak cakap la, sebab ni bukan point dia.

Jadinya, saya ada seorang sahabat ni. A la. Saya kerap keluar dengan dia. Bila dah keluar, aktiviti utama kami adalah makan! Kami dah berkawan dari sekolah lagi. Cuma entah kenapa, bila dah besar ni, baru saya macam sedar cara dia makan tu agak tak menyenangkan. Mungkin sebab dulu dekat sekolah dia masuk asrama, jadinya, kami jarang keluar bersama.

A seorang yang lemah lembut bila berbicara, sangat pandai, seorang pendengar yang baik. Saya sayang dia dan selesa berkawan dengan dia. Tapi, kerana saya sayang kan persahabatan ni, saya takut nak tegur dia tentang cara dia makan.

Baru-baru ini, kami ada reunion sekolah, waktu makan-makan, saya ingat saya seorang je yang tak selesa dengan cara dia makan. Sebab dia makan berbunyi. Berbunyi yang kuat sangat sampai menimbulkan rasa tak selesa antara kami. Dia punya bunyi tu boleh buat kami yang mendengar ni nak termuntah (Tak tahu la kalau saya je yang nak termuintah). Sebab sangat menggelikan. Sampai ada satu tahap tu, kawan saya yang lain, bisik dekat saya Kenapa A makan berbunyi, aku tak selera la nak makan, geli. Sudahnya saya hanya senyum dan geleng kepala sahaja.

Saya perhatikan cara A makan. Mungkin punca dia makan berbunyi sebab dia makan tak tutup mulut. Ada ke kemungkinan lain?

So sekarang ni, saya nak pendapat macam mana saya nak tegur sahabat saya dengan cara yang paling baik dan tak mengguris hati dia supaya dia dapat belajar manners dan sopan-santun sebagai seorang perempuan, apatah lagi dikhalayak ramai.

Sebab kadang-kadang, saya terpaksa tolak ajakan dia untuk lunch/dinner sama-sama. Sebab makan berbunyi ni boleh buat mood saya hilang. I feel bad sebab reject dia punya pelawaan. Bukan sekali dua, tapi banyak kali 🙁

Family saya sangatlah faham perangai saya, walaupun mak saya yang ajar saya manners dan sopan santun ni, tapi mak saya masih boleh terima kalau orang lain makan berbunyi, asalkan bukan anak dia. Tapi saya? Saya sangat tak boleh kalau dengar orang makan berbunyi. Kalau adik saya makan berbunyi, saya tenung dia sekali, dia dah faham. Tapi A, saya tenung dia, dia tak faham-faham. Hahaha.

Kadang-kadang saya rasa saya yang teruk, sebab benda-benda macam ni saya ambil berat sangat sampai tak ada mood kalau berlaku disekeliling saya.

Please help me? 🙁

Sahabat Baik Awak

Sahabat Baik Awak

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply