Semasa

Tergamak tinggal bayi di tepi jalan

Perkongsian

[IMG]
KEADAAN bayi yang cukup sifat ditemui orang awam. FOTO ihsan polis

Johor Bahru: Seorang bayi perempuan ditemui di tepi jalan dengan dibalut kain batik di Kilometer 42 Tanjung Kupang menghala Gelang Patah dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bayi dengan berat 2.6 kilogram itu ditemui seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun, kira-kira jam 2.30 petang.

Beliau berkata, lelaki berkenaan melalui kawasan itu sebelum ternampak bungkusan kain batik yang mencurigakan dalam keadaan bergerak-gerak atas rumput di tepi jalan terbabit.

“Jarak bungkusan kain batik itu kira-kira-kira dua meter daripada pengadu dan dia kemudian memberhentikan motosikalnya untuk melihat lebih dekat.

“Pengadu kemudian melihat terdapat seorang bayi yang masih hidup dalam keadaan tidak berbunyi dibalut dengan kain batik itu,” katanya.

Noor Hashim berkata, pengadu kemudian membuka balutan kain batik itu dan mendapati bayi berkenaan cukup sifat dan berpakaian serta memakai lampin.

Katanya, bayi berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Gelang Patah sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Gelang Patah.

“Jururawat yang memeriksa bayi berkenaan mengesahkan bayi perempuan itu dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Tiada sebarang tanda kelahiran pada tubuh badan bayi itu,” katanya.

Menurut Noor Hashim, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan selanjutnya dan kini masih berada di bawah jagaan pihak hospital sebelum dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bayi berkenaan boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah iskandar Puteri, Asisten Superintendan Ridzuan Khalid di talian 07-5114222 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan dengan niat hendak membuang kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun,” katanya. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply