Semasa

Warga emas buat repot polis lepas terlebih bayar pelacur

Perkongsian

[IMG]
Foto hiasan.

JEMPOL – Seorang warga emas berusia 70 tahun dari Felda Raja Alias dekat sini sanggup membuat laporan palsu kepada polis kononnya dia disamun oleh seorang wanita muda bersenjatakan pisau pada 24 November lalu gara-gara bimbang perbuatannya melanggan pelacur di pekan Bahau dekat sini diketahui isteri.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, peneroka itu membuat laporan palsu dia disamun bagi dijadikan alasan kepada isterinya selepas dia tersilap menyerahkan wang sebanyak RM500 kepada seorang wanita berusia 26 tahun yang memberinya perkhidmatan seks di sebuah hotel di pekan tersebut.

“Lelaki ini sebenarnya pergi ke pekan Bahau dari rumahnya pada 24 November lalu dengan menaiki bas untuk mengeluarkan wang sebanyak RM800 daripada sebuah bank.

“Dia kemudian pergi ke pejabat pos untuk membayar bil berjumlah RM300.

“Dia terjumpa seorang wanita sewaktu mahu pulang ke rumah dan mengajak perempuan itu mengadakan hubungan seks di sebuah hotel.

“Bayaran yang dikenakan bagi sekali hubungan seks adalah RM100.

“Namun, dia kemudian membayar wang (RM500) kepada perempuan tersebut tanpa mengira jumlah wang itu terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Kosmo

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply