Inspirasi

Berkira dengan adik beradik – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Berkira Dengan Adik Beradik

Assalamualaikum

Terima kasih admin sebab approve aku punye confession.

Aku nak cerita tentang dendam. Yup to be exact dendam dalam kalangan adik beradik. Adik beradik aku semua perempuan. 5 orang perempuan. Seorang dah kawen. Tinggal aku dengan 4 orang adik beradik yang lain je tak kawen lagi.
Orang kata air yang dicincang tak akan putus. Aku selalu berharap sangat peribahasa ini betul. Masalah dalam keluarga aku ni, angah aku sangat berkira dan berdendam dengan kami adik beradik lain. Aku tak tahulah, orang cakap anak kedua ni selalunya over sensitive, tapi angah aku sensitive die over sangat.

Bagi dia mak ayah aku tak adil dalam bagi kasi sayang dan duit belanja dekat dia. Dia beza 3 tahun je dengan along aku. Dan die sangat benci along aku sebab katanya along aku dapat kasih sayang sepenuhnya dengan mak ayah aku.Pada pandangan mata aku, mak ayah aku ni jenis kasi kasih sayang sama rata je. Tak da bagi-bagi. Along aku tak da lesen kereta. Jadi angah aku nilah yang selalu jadi duk kene hantar kami adik beradik pergi daftar sekolah, uni. Tu pun lepas mak ayah aku merayu-rayu suruh dia tolong hantar kite orang. Mak ayah aku dah tue sangat. Jadi memang dah larat nak memandu jauh-jauh. Buat masa ni ade along dengan angan aku je yang ada kereta. Yang lain semua masih sekolah lagi. Along aku tak da kereta, jadi susahla dia nak tolong kami.

Pernah satu ketika tu mak ayah aku menangis-nangis merayu dengan angah aku ni, suruh hantar aku nak daftar sekolah. Aku boleh je balik asrama sendiri, tapi baru daftar mase tu kena bawa barang banyak. Kalau angah aku tak nak hantar aku, mak ayah aku kate die orang sewa jelah teksi.

Aku sangat pelik, angah aku perempuan tapi hati keras gila. Baik giler dengan orang luar tetapi dengan kite orang adik beradik selalu berkira dan bergaduh. Kalau dia dengan along aku lagilah, die macam berdendam dengan along aku, sebab asyik dia je kena hantar kami adik beradik ke sekolah. Dia pernah cakap dekat aku, along aku bukan adik beradik dia. Dia benci along aku. Aku pun pelik, tiap tahun minta maaf hari raya lansung x terkesan ke dekat hati die? Alasan dia, along aku asyik mengharapkan dia ja bila bab-bab menghantar adik beradik ni.Bila along aku balik, angah aku duduk dalam bilik je. Tak nak bertembung lansung dengan along aku. Tapi along aku ni jenis okay je cool je.

Pernah sekali tu aku kena daftar sekolah, angah aku terpaksa hantar aku ke universiti. Dia duduk je dalam kereta. Mak ayah aku je yang agkat semua barang-barang aku ke tingkat 9 naik tangga. Alasan dia, dia dulu sekolah lagi susah and kenapa aku dengan adik yang lain nak kene minta tolong dia. MAk ayah aku yang bagi dia duit pergi sekolah dulu, tapi die selalu cakap aku sekolah masuk uni pakai duit PTPTN aku je. Angah aku tak boleh terima nasihat orang. Kalau aku nasihatkan tulah jadinya, bergaduh. Bagi dia, time senang aku biarkan dia, aku cari die waktu susah je. Tak pernah sekali pun aku terfikir macam tu.Nak cakap angah aku ni tak sekolah, die sekolah dah ada degree lagi tapi cara dia berfikir sangatlah teruk. Die benci dengan kelurga dia sendiri. Aku pun pelik.

Aku sampai satu masa, aku tak tahu nak buat apa dengan angah aku ni. Kalau tanya aku apa yang dia pernah buat dekat aku, lagilah. Pernah satu ketika tu die berhenti kereta depan maybank time hujan, lepastu tetiba dia naik angin, die keluar maybank tinggalkan aku sorang-sorang dekat situ. Dia balik rumah. Aku basah kuyup jalan kaki ke stesen bas yang jauhnya macam 2/3 KM dari maybank tu. Sedih tapi nak buat macamana. Tapi tak pernah sekali pun aku amik hati, yelah maybe dia tengah marah and x sedar ape yang dia buat tu salah.

Angah aku ni selalu jugak terpengaruh dengan kawan-kawan dan masuk skim perlaburan. Pernah jugak dia amik duit mak aku dalam diam. Tapi mak aku buat tak kisah je, sebab anak. Kalau angah aku baik dengan mak aku, pantang ade ruang die akan mengumpat pasal along aku. Angah aku jugak pandai dalam mereka-reka cerita. Banyak lagi kisah angah aku, aku harap kalau kau baca confession ni, kau berubahlah weyh. Ingat redha tuhan terletak pada redha ibu bapa. Tima kau susah nanti, adik beradik kau nilah yang akan tolong kau.

adik kau

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply