Inspirasi

Kawan ku pencinta haiwan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kawan ku Pencinta Haiwan

Assalamualaikum terima kasih admin dan hai pembaca iium..tujuan aku post ni hanya nak cerita tentang pengalaman aku berkawan dengan seorang sahabat yang sangat sayangkan haiwan terutamanya kucing.

Kami bekerja di tempat yang sama dan kami tinggal pun di tempat yang sama. Dari dia la aku mula belajar sayangkan kucing. Bukan brmaksud sblum ni tak sayang tapi kurang bagi perhatian kat haiwan sebab aku ni penakut haiwan sikit haha. Bila aku knal kawan aku ni aku banyak belajar tentang haiwan ni salah satu pembawa rezeki . Sebagai contoh rezeki kami x pernah putus walaupun time tu kami tak ada duit pun..kekadang ada orang bagi makanan la atau pun family dtg bawak makanan dan macam macam la..bila pikir balik mungkin kerana kami tak pernah berkira pun dengan kucing..gaji kami selalunya kami akan peruntukkan untuk kucing..kawan aku selalunya akan beli satu pek besar makanan kucing dan kami akan bawak ke mana je kami pergi untuk kucing jalanan..

Aku ingat kawan aku ni setakat suka kucing macam tu je rupanya dia dah tahap pencinta kucing..pernah satu hari tu kami bersiap siap nak keluar makan tiba tiba salah sorang kawan kitorang panggil dari tingkat bawah..kami pun meluru turun nak tengok kenapa rupanya anak kucing yang kami bela mati mungkin diracun dan buih keluar dari mulut. Allahu waktu tu tak tau nk cakap la sedih betul. Yg kawan aku ni dah teresak esak dah menangis. Dia paling tak boleh tengok haiwan mati atau didera. Smpai dia tak ada mood nak keluar akhirnya. Menangis je dia dan tak habis salahkan diri dia.

Tu belum bab dia sanggup berhentikan kereta dgn tukarkn kpada lmpu emegency semata mata nak angkat kucing yang dah mati kat tengah jalan walaupun kereta tengah banyak time tu. Ada jgak waktu dia nk pergi kerja nampak kucing tengah melintas dia behentikan kereta tepi jalan semata mata nak pastikan kucing tu selamat melintas dan macam macam lagi.

Tapi yang aku paling respect kawan aku ni sanggup bangun awal pagi untuk bersihkan sangkar kucing sebelum mandi nk pergi kerja..jawapan dia aku kesian kat kucing tu duk dalam sangkar penuh taik balik balik kerja tak sempat simpan beg terus pergi basuh sngkar kucing dulu. Sebenarnya tu bukan kucing kami tu kucing bos kitorg yang tinggalkn kat kitorang sebab dia ada urusan luar. Dan dia volunteer kan diri dia untuk jaga kucing tu.

Aku pernah jugak tidur rumah dia. Rupanya kat rumah dia lagi banyak kucing. Family dia semua pencinta haiwan. Kalau ada je kucing jalanan diorg akan bawak balik dan jaga kucing kucing tu.. Kekadang kalau diorang keluar jalan jalan satu family, mak dia selalu ingatkn balik cepat kesian kucing tak makan lagi. Kucing dia semua ada nama. Comel pulak tu haha. Bukan kata kucing je rumah dia siap ada anjing lg. Diorg bukan bela tp anjing sndiri suka datang sebab diorang baik selalu bagi anjing tu makan kira anjing tu pun tak liar dah mcm pnjaga kat rumah tu dah. See!! Punya penyayangnya pnghuni rumah tu..kagum sungguh aku.

Belum citer bab keluar makan pulak..kalau aku keluar makan dengan kawan aku tu and bila dia nampak ada kucing dia mesti akan bagi makanan kat kucing tu tak kesah la lau time tu dia makan ayam ke ikan ke..kalau time tu dia makan contoh mee ke bihun,dia akan belikan ikan goreng untuk kucing tu.

Sampai sekarang pun aku tgok keluarga kawan aku ni walaupn susah rezeki diorang tak pernah putus dan aku percaya ni semua kerana budi terhadap haiwan..dan untuk kau sahabat smoga hidup kau sekeluarga dalam lindungan Allah..

Kepada sesiapa yang tahu tolong jangan tag aku dan kawan aku ni..haha..dan kepada pembaca iium maaf la ye penulisan aku ni kelaut sikit almaklumlah dah lama tak menulis hahaha..peacee yaww

Sahabat

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply