Semasa

Lori kontena dilapor meletup dan terbakar di Klang

Perkongsian

KLANG – Sebuah lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas terbakar di Jalan Pelabuhan Utara di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.43 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Kejadian itu menyebabkan 90 peratus lori kontena terbabit terbakar dan pemandu sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas menghala ke Pelabuhan Barat. – Kosmo

___________

Sebuah Kontena terbakar dan meletop di atas jejambat berhadapan RHB Bank Port Klang.

Dua letupan kuat menggegarkan Bandar Port Klang 8:30PM tadi.

[IMG]
[IMG]
[IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply