Semasa

Mayat dalam tong ikan: Penganggur didakwa bunuh

Perkongsian

[IMG]
TERTUDUH (dua kiri) diiringi anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani bagi menghadapi pertuduhan penemuan mayat anak teman wanitanya yang berusia dua tahun dalam kotak ikan di Flat Paya Nahu pada 24 November lalu. FOTO Sharul Hafiz Zam

Sungai Petani: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Flat Paya Nahu, di sini, antara 27 Oktober hingga 24 November lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa melakukan satu pembunuhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, di sebuah rumah di Flat Paya Nahu antara 27 Oktober jam 8 pagi hingga 24 November lalu jam 2 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor dan kes disebut semula pada 22 Januari depan untuk menunggu laporan kimia dan forensik bedah siasat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibalut selimut toto dan disumbat ke tong ikan di sebuah rumah tingkat tiga di Flat Paya Nahu, di sini.

Perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan teman lelaki ibu kandungnya masing-masing berusia 34 dan 26 tahun yang disahkan positif syabu. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply