Inspirasi

Realiti mangsa kemurungan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Realiti Mangsa Kemurungan

Salam all reader IIUMs confession. Thanks admin sebab approve confession aku ni. Depression. Yes, ni tajuk aku. Lately aku dengar banyak kes bunuh diri and salah satunya kes bunuh diri sebab kemurungan!

Untuk pengetahuan pembaca semua, orang yang menghidap kemurungan ni luaran dia tak nampak pun macam dia ada masalah. Tapi the inside of that person hanya Tuhan je yang tau betapa susahnya dia struggle. Selalunya orang yang ada depression ni ada anxiety (kebimbangan) sekali. Sampai boleh terketar2 satu badan.

Tanda-tanda penyakit kemurungan (ni aku amik dekat internet)
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.

Tapi problem orang kita di Malaysia ni, asal depression je dah anggap gila. Tak pun orang akan cakap Takde apa la, jangan nak depressed sangat. Jadi orang yang ada depression ni jadi malu nak mengaku yang dia ada sakit kemurungan ni. Yes, aku tau orang akan cakap banyakkan dekatkan diri dengan Tuhan, mengadu pada Dia dan banyakkan baca Al-quran. The point is, memang orang yang ada depression ni buat or mungkin ada yang tak, tapi macam aku cakap innerself dia kalau boleh nak rant as long as she/he can sebab dia susah nak control emosi dia.

Macam mana aku tau? Sebab aku pernah mengalami masalah yang sama. Sumpah waktu aku kena tu, aku macam tak ada point untuk hidup. Lifeless dan rasa tak ada tempat nak bergantung. Study aku? Memang terjun ke laut resultnya. Hubungan dengan lecturer pun tak berapa nak okayy sebab masalah depression aku ni agak teruk. Banyak orang pandang serong sebab aku tetiba jadi pendiam kadang-kadang menangis sorang diri tak tahu punca. Tapi akuk tak mengalah, aku cuba cari something yang boleh motivate aku. Aku tak pergi ke kaunselor sebab tak mampu nak bayar. Aku guna laman social. Aku cari group orang yang senasib dengan aku, yang ada masalah depression ni. Group depression untuk Malaysian people susah aku nak jumpa. Boleh kira dengan jari je.

Tapi mostly aku jumpa group yang mostly over the world punya participant. Daripada apa yang aku perhati, dia orang ni sangat-sangat OPEN-MINDED. Each and every person yang confess dalam group tu, yang mengadu masalah atau tiba-tiba rasa anxious and post dalam group tu, people never condemn or saying anything bad to that person walaupun benda tu kita rasa benda bodoh bodoh je masalah dia. But they dont. The ask with a caring word, regardless of your religious and races.

Ada je yang confessed cakap nak bunuh diri sebab dah tak tahan dengan depression yang dia rasa. Tapi all the people in that group bagi kata-kata semangat balik untuk dia, make sure dia rasa dia sangat dihargai untuk jalani kehidupan dia. Pada aku, kalaulah Malaysian people boleh jadi open-minded macam tu, mesti ukhwah sesama kita dapat dikuatkan. Dan masalah depression ni dapat dibendung walaupun tak sepenuhnya. Mungkin juga sebab perangai orang Melayu kita suka perlekehkan sesuatu perkara menyebabkan golongan macam ni lebih rela untuk simpan masalah dia sendiri sampai mereput.

Just my 2cent

-Cik Depression-

Cik Depression

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply