Semasa

Tiada pegawai kerajaan terlibat jual bayi, kata KKM

Perkongsian

[IMG]

Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada pengamal perubatan kerajaan yang terlibat dalam sindiket menjual bayi seperti yang didakwa dalam dokumentari sebuah stesen televisyen antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, beliau diberitahu bahawa perkara tersebut hanya melibatkan rumah jagaan ibu dan bayi.

Beliau berkata, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya terdapat pegawai kementerian terlibat, tindakan tegas akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.

“Saya difahamkan bahawa kegiatan penjualan bayi didalangi pihak swasta termasuk mereka yang berselindung di bawah pusat perlindungan gadis-gadis yang terlanjur dan hamil sebelum berkahwin.

“Sindiket ini telah menjadikan perkara itu sebagai satu perniagaan di mana pada mulanya mereka akan bertindak untuk membantu ibu-ibu mengandung khususnya ibu tunggal untuk mendaftarkan bayi sebelum mencari pembelinya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi. – Bernama/MG

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply